saya nak baca ..

SAINS & TEKNOLOGI


ARKIB : 18/06/2012

CubeSAT InnoSAT pupuk program pengembangan

Ketua Pegawai Eksekutif ATSB, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad (kanan) memberi penerangan mengenai RazakSAT kepada Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof semasa lawatannya ibu pejabat ATSB di Shah Alam.

PENEROKAAN angkasa bermula selepas Perang Dunia Kedua yang mana pada tahun 1957, kerajaan Soviet Union ketika itu melancarkan satelit buatan manusia yang pertama ke orbit, iaitu Sputnik 1,. Ia diikuti oleh Sputnik 2 yang membawa seekor anjing ke orbit.

Sehingga kini, beribu-ribu satelit telah dilancarkan ke angkasa dengan pelbagai misi, antaranya bagi tujuan komunikasi, pemetaan, pengintipan, navigasi, ketenteraan dan sebagainya.

Sama ada sedar ataupun tidak, pergantungan kita kepada satelit semakin hari semakin meningkat sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kebergantungan itu turut menambah minat orang ramai untuk lebih mendalami bidang angkasa amnya dan satelit khususnya.

Namun, kos untuk membina dan melancarkan sesebuah satelit yang amat tinggi menjadi penghalang utama bagi sesebuah institusi akademik terutamanya untuk menerokai dan mengembangkan ilmu dalam bidang ini.

California Polytechnique University (CalPoly) dan Standford University di Amerika Syarikat (AS) antara institusi pengajian tinggi yang mengorak langkah menjalinkan kerjasama membina sebuah platform standard bagi tujuan projek satelit dalam kemampuan.

Dengan kerjasama tersebut terhasil sebuah platform satelit yang dinamakan CubeSAT, bersaiz 10 sm x 10 sm x 10sm bagi setiap unit (1U).

Saiz tersebut boleh mencapai sehingga 30sm x 10sm x 10sm ataupun 3U, bergantung kepada misi sesuatu CubeSAT.

Matlamat yang ingin dicapai melalui platform CubeSAT adalah untuk menghasilkan sebuah satelit yang boleh berfungsi pada kos yang rendah dan berkemampuan untuk mengintegrasikan satelit sebagai payload.

Kedua, dengan pelbagai jenis kenderaan pelancar, ia secara drastik mengurangkan kos pelancaran satelit tersebut.

Dengan terhasilnya platform standard tersebut, pelbagai pihak dari komuniti akademik mula mengorak langkah mengeksploitasi potensi CubeSAT sebagai platform dalam mencapai meneroka bidang angkasa lepas.

Komuniti CubeSAT kini menjangkau lebih daripada 40 kerjasama yang diadakan antara institusi akademik di seluruh dunia dan lebih 50 CubeSAT telah dilancarkan sejak 2003.

Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menerokai potensi CubeSAT melalui Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB). Malaysia juga membina InnoSAT melalui kerjasama antara universiti tempatan iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Kerjasama tersebut membabitkan pembinaan bas satelit daripada ATSB dan payload daripada universiti-universiti tempatan.

Program InnoSAT bertujuan membawa universiti tempatan menerokai, memahami dan mempraktik ilmu berkenaan teknologi satelit.

InnoSAT yang berasaskan platform CubeSAT bersaiz 3U ataupun 10sm x 10sm x 30sm dan membawa dua payload iaitu Pyramid Sun Sensor (PSS) daripada USM dan Adaptive Fuzzy Logic Controller' daripada UniMap.

Sistem komunikasi InnoSAT menggunakan gelombang UHF/VHF untuk menghantar dan menerima isyarat dari stesen bumi.

Sistem berkenaan mempunyai persamaan dengan sistem radio amatur yang digunakan dengan meluas dan kos pembinaan stesen bumi ini amat rendah, bersesuaian dengan matlamat asal penghasilan platform CubeSAT.

InnoSAT telah dibawa ke tempat kelahiran CubeSAT iaitu CalPoly untuk tujuan integrasi kepada deployment mechanism, iaitu Poly Picosatellite Orbital Deployer (P-POD)'.

Di CalPoly juga, pelbagai siri ujian dijalankan bagi memastikan InnoSAT mampu menahan gegaran yang bakal dirasai semasa pelancaran dan juga suhu di orbit.

Ujian ini dijalankan menggunakan vibration shaker yang meniru profil gegaran kenderaan pelancar semasa pelancaran dan juga thermal cyclic chamber' dengan pusingan suhu di antara -30 darjah Selsius sehingga 7 darjah yang merupakan suhu yang sama yang akan dilalui semasa di orbit.

InnoSAT pada asalnya dijadua dilancarkan bersama dengan RazakSAT. Namun, disebabkan sedikit pengubahsuaian ke atas kenderaan pelancar bagi memastikan RazakSAT® selamat dilancarkan, pelancaran InnoSAT sebagai misi kedua terpaksa ditangguh.

Ini adalah antara rintangan dan halangan yang terpaksa dilalui oleh pembina CubeSAT yang mana banyak faktor yang diluar kawalan pembinaan CubeSAT semasa pelancaran.

Walaupun begitu, matlamat asal pembinaan InnoSAT iaitu membawa universiti-universiti tempatan menerokai bidang pembuatan satelit telah tercapai.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.