saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 20/06/2012

PVTM nafi mahu berdemonstrasi

KUALA LUMPUR 19 Jun - Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) menafikan akan mengadakan demonstrasi di hadapan Kementerian Pertahanan pada 29 Jun ini.

Presidennya, Mohd. Ali Baharom berkata, pihaknya sentiasa akur dengan pucuk pimpinan tertinggi negara dan merupakan penyokong kuat kerajaan.

Kata beliau, kenyataannya sebelum ini disalah tafsir pihak-pihak tertentu yang dilihat mempunyai niat jahat terhadap PVTM.

"Saya sebagai Presiden PVTM menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu dan menegaskan tiada sebarang demonstrasi akan dilakukan pada tarikh tersebut di hadapan Kementerian Pertahanan dan saya minta semua ahli akur," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan Mohd. Ali mengeluarkan kenyataan akan mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana mendakwa kementerian berkenaan tidak menghargai PVTM dalam isu kebajikan.

Mohd. Ali menegaskan, PVTM berhak menuntut janji-janji yang dibuat kerajaan dan akan menghantar memorandum sekiranya kebajikan bekas tentera, balu serta anak-anak mereka tidak terbela.

Pada masa sama, beliau meminta Kementerian Pertahanan dan Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) berbincang dengan PVTM dalam mencari penyelesaian terbaik dan melakukan transformasi terhadap kebajikan veteran-veteran tentera.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.