saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 20/06/2012

DUN Kota Siputeh: Mahkamah dengar rayuan

PUTRAJAYA 20 Jun - Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada kegagalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kedah menghadiri sidang Dewan 'secara berturut-turut', boleh mengakibatkan wakil rakyat berkenaan kehilangan kerusi yang diwakili.

Mahkamah turut akan memutuskan tafsiran yang betul terhadap Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UTKNK) bagi menjelaskan maksud `dua sidang Dewan berturut-turut' sama ada ia bermaksud `dalam sesi mesyuarat yang sama atau berlainan'.

Persoalan tersebut akan diputuskan oleh panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

Perkara 51 UTKNK menyatakan seseorang ADUN boleh kehilangan kerusi yang diwakilinya jika gagal menghadiri dua sidang Dewan berturut-turut tanpa mendapat kebenaran Speaker.

Kerusi DUN Kota Siputeh yang disandang oleh Datuk Abu Hassan Sarif dikosongkan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) pada 16 November 2009 selepas beliau gagal menghadiri dua sidang Dewan secara berturut-turut iaitu pada 19 April dan 9 Ogos 2009.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 18 Ogos tahun lalu mengembalikan kerusi itu kepada wakil rakyat tersebut menyebabkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail mengemukakan rayuan ke mahkamah tertinggi negara. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.