saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 22/06/2012

Pelatih PLKN rai Pesta Kaamatan

Tiki Lafe (tiga dari kiri) dan Omar Selamat (empat dari kiri) disambut dengan tarian igal-igal oleh pelatih PLKN.

KOTA KINABALU 21 Jun - Sambutan meriah perayaan Pesta Kaamatan yang disambut oleh seluruh masyarakat di negeri ini baru-baru ini turut diraikan oleh pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem KK Di Bawah Bayu, dekat sini.

Pelbagai persembahan kesenian dan pertunjukan sketsa seperti Huminodun iaitu gadis lagenda dalam kepercayaan etnik Kadazandusun dipertontonkan pada sambutan perayaan Pesta Kaamatan di kem tersebut.

Selain tarian suku kaum di Sabah seperti mangu natip, lunbawang, limbai, menggigol dan sumazau, tarian kaum Cina dan India juga dipersembahkan, selain tidak melupakan acara tradisi Pesta Kaamatan iaitu persembahan unduk ngadau.

Penglibatan pelatih daripada pelbagai suku kaum dan disertai juga oleh pelatih dari Semenanjung, menjadikan sambutan perayaan di kem tersebut begitu mengujakan tetamu, termasuk Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr. Tiki Lafe.

Tiki berkata, sempena sambutan Pesta Kaamatan yang merupakan salah satu perayaan terbesar di Sabah, sebuah kem akan dipilih untuk meraikan perayaan tersebut bagi mendedahkan pelatih dengan perayaan etnik yang terdapat di negeri itu.

Katanya, ia adalah masa terbaik untuk mendedahkan pelatih, terutama dari Semenanjung bagi mengenali dengan lebih dekat budaya dan adat resam masyarakat di negeri itu yang penuh dengan keunikan.

"Sambutan perayaan seumpama ini juga membuktikan pelatih dan pengurusan kem berjaya menyahut keperluan dalam program PLKN iaitu berusaha mengeratkan integriti dalam kalangan masyarakat, terutama di kalangan generasi muda," katanya di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Komandan Kem PLKN Tanaki, Tambunan, Lt. Kol. Mohammad Zainuri Embong dan Komandan Kem KK Di Bawah Bayu, Mejar Omar Selamat.

Tiki berkata, selain satu pendedahan awal untuk membentuk sebuah masyarakat yang menghormati agama dan budaya kaum lain, program seumpama itu membolehkan mereka terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti yang dipersembahkan.

Menurutnya, bukan sahaja semangat setia kawan akan mudah dibentuk, malah ia membolehkan pelatih merasai sendiri bagaimana suasana perayaan Pesta Kaamatan disambut di negeri ini.

Jelasnya, objektif melahirkan generasi sayangkan negara juga akan dapat dilaksana apabila penerapan nilai-nilai positif ditonjolkan dalam penganjuran seumpama itu.

"Di sinilah kita akan lihat bagaimana pelatih tempatan bersama rakannya dari Semenanjung bekerjasama dan bersatu hati menjayakan program tersebut, seterusnya membentuk sebuah masyarakat 1Malaysia yang berjaya," katanya.

Tambahnya, melalui program seumpama itu juga akan melahirkan satu integrasi nasional yang padu dalam kalangan pelatih PLKN dan menjulang semangat mendokong kedaulatan negara.

Sehubungan itu, katanya, dia sangat berharap agar pelatih PLKN dari Semenanjung yang mendapat tawaran menyertai kem latihan di Sabah dan Sarawak untuk tidak menolaknya kerana banyak pengalaman berguna bakal diperoleh di dua negeri itu.

Kata Tiki, selain boleh menambah ilmu pengetahuan dalam pelbagai perkara, pelatih juga berpeluang merasai sendiri keunikan di Borneo yang tidak terdapat di tempat lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.