saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 24/06/2012

'Kertas tidak boleh balut api'

DUNIA politik sebenarnya bukan baru bagi Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, TENG CHANG YEOW, 47.

Setiausaha Agung Gerakan itu sememangnya berasal daripada keluarga pemimpin politik yang memegang jawatan-jawatan penting sama ada parti memerintah mahupun pembangkang.

Abangnya, Datuk Teng Chang Khim ialah pemimpin DAP yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, manakala bapanya seorang pemimpin akar umbi MCA di tempat kelahirannya, Batu Pahat, Johor.

Bapa saudaranya pula, Datuk Teng Boon Soon merupakan Ahli Parlimen Tebrau.

Reputasinya dalam politik juga hebat apabila beliau pernah menumbangkan Pengerusi DAP, Karpal Singh di DUN Padang Kota pada Pilihan Raya Umum 1995 dengan majoriti lebih 2,500 undi.

Tidak hairanlah beliau cukup berkeyakinan untuk berdepan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, LEE HOOI BOON dan jurugambar ISMAIL KAMADIN di Pulau Pinang, beliau berkongsi persiapan BN dalam menghadapi PRU-13 bagi memastikan negeri itu mampu dirampas semula.

MINGGUAN: Sejak dilantik sebagai Pengerusi BN negeri pada 22 April lalu, apakah langkah yang anda buat untuk mengembalikan sokongan rakyat kepada BN?

CHANG YEOW: BN menghadapi satu cabaran yang besar untuk memperbetulkan imej dan persepsi rakyat terhadap kemampuan dan kebolehannya dalam mempertingkatkan kebajikan kepada rakyat secara umum. Ini hasil daripada banyak insiden dan kejadian yang telah mencacatkan imej BN sebelum ini. Tetapi saya percaya melalui program transformasi kerajaan dan ekonomi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, ia dapat memulihkan keyakinan rakyat kepada BN dan menunjukkan bahawa parti ini mampu memperbaiki kelemahannya. Di peringkat negeri, kita perlu memperbaiki persepsi bahawa BN adalah satu pasukan yang bersatu padu. Satu pasukan yang tidak membezakan UMNO, Gerakan, MCA, MIC atau Parti Progresif Penduduk (PPP) dan lain-lain. Kita tidak mahu lagi memberi persepsi bahawa hanya UMNO melihat masalah orang Melayu manakala MCA, Gerakan, MIC, PPP tidak mahu mengambil tahu masalah orang Melayu. Kita tidak mahu juga masalah masyarakat India hanya dikendalikan oleh MIC atau kaum Cina hanya MCA dan Gerakan.

Kita mahu menunjukkan kepada masyarakat bahawa kita semua berkemampuan kerana bertanding atas satu tiket iaitu BN. Kita tidak bertanding atas parti masing-masing. Jadi kita patut menunjukkan semangat ‘kemalaysiaan’ ini iaitu setiap daripada kita mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh kaum yang lain dan BN Pulau Pinang sedang berusaha untuk menonjolkan kemampuan dan kebolehan BN sebagai satu pasukan menguruskan masalah masyarakat majmuk di negeri ini. Sebab itu dalam rancangan kita untuk mengadakan satu program pembangunan Pulau Pinang, kita mahu masyarakat di Seberang Perai dan masyarakat di bahagian pulau mengurangkan jurang perbezaan dari segi pendapatan, kos kehidupan, mutu dan kualiti kehidupan supaya ia tidak macam sekarang yang begitu jelas perbezaannya.

Bagaimana dengan kerjasama yang diberikan oleh parti-parti komponen dalam mengembalikan imej BN sebagai pelindung kepada semua kaum?

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.