saya nak baca ..

MEGABAIT


ARKIB : 25/06/2012

Navigasi sangat mudah

SEMUDAH menghidupkan peranti, menentu destinasi dan kemudian pandulah mengikut arahan perjalanan seperti ditetapkan oleh sistem penentu kedudukan global (GPS).

Itu yang ditawarkan oleh produk GPS syarikat teknologi navigasi terkenal dunia, Garmin melalui model terbaru mereka, Nuvi 2465.

Pengendalian operasinya sangat ringkas dan pasti memberi pengalaman pemanduan selesa kepada pengguna jalan raya terutama ketika melalui kawasan yang kurang dikuasai.

Garmin Nuvi 2465 tersedia bersama sistem pemetaan untuk Malaysia dan Singapura lengkap dengan maklumat pemanduan, jarak destinasi dan antara muka terperinci.

Ia termasuk gambaran laluan dan lorong yang sangat jelas menggunakan warna-warna terang di samping pengguna boleh memilih sendiri paparan reka bentuk bangunan secara tiga dimensi (3D).

Dengan cara itu, ia akan dapat membantu pengguna menetapkan perjalanan secara lebih tepat tanpa perlu tersesat atau tersalah jalan.

Selain dilengkapi skrin sentuh 4.3 inci, GPS berkenaan turut tersedia bersama kelebihan arahan suara (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris) untuk mengingatkan pemandu lebih awal setiap kali sebelum mengambil selekoh di samping memberitahu nama jalan.

Lebih menarik, ia turut mampu mengenalpasti arahan suara (Bahasa Inggeris) untuk memasukkan alamat sesuatu destinasi tanpa pemandu perlu mengalihkan kedua-dua tangan daripada stereng.

Pengguna juga tidak perlu risau terlewat sampai ke destinasi yang dituju kerana GPS yang dibantu teknologi satelit itu mempunyai keupayaan meramal waktu ketibaan berdasarkan keadaan trafik.

Bagi aplikasi myTrends pula, pengguna boleh memandu ke destinasi kegemaran (Favorites) mereka dari mana-mana sahaja lokasi secara lebih pantas.

Aspek keselamatan pengguna turut dititikberatkan di mana GPS tersebut turut memaparkan had laju pemanduansemasa pada skrinnya.

Memperkemaskan lagi ciri cemerlang Nuvi 2465, ia berupaya mencari semula laluan alternatif dengan cepat sekiranya pemandu tersalah memasuki lorong yang diarahkan.

Bagi mencari lokasi-lokasi tumpuan seperti stesen minyak, restoran, hotel, bank dan sebagainya, peranti itu tersedia bersama perkhidmatan penentuan points of interest (POI).

Kelebihan lain gajet ini, ia diintegrasi bersama fungsi kompas serta sambungan Bluetooth untuk diselaras bersama peranti telefon bimbit pengguna.

Dengan cara itu, pengguna boleh membuat panggilan serta berkomunikasi secara bebas tangan menerusi mikrofon dan pembesar suara binaan dalam.

Dengan tawaran harga RM640, Garmin Nuvi 2465 didatangkan bersama pendakap cermin, adapter kuasa dalam kenderaan dan kabel USB.

Anda yang berminat mendapatkan produk ini, boleh menghubungi Aeco Technologies (M) Sdn. Bhd. di talian 03-9285 8062 atau layari laman web www.aeco.com.my.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.