saya nak baca ..

AGROBIZ


ARKIB : 26/06/2012

RM700j laksana transformasi pertanian negara

KUALA LUMPUR 25 Jun - Kira-kira RM700 juta diperuntukkan di bawah Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) Pertanian bagi mengerakkan 17 projek permulaan (EPP) dalam tempoh dua tahun ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, jumlah tersebut merupakan sebahagian Bajet 2011 iaitu sejumlah RM179.05 juta manakala kira-kira RM562.08 juta adalah peruntukan bajet tahun ini.

Menurutnya, menerusi pelaksanaan 17 EPP itu, kerajaan menyasarkan impak pendapatan kasar negara sebanyak RM28.9 bilion dengan menyediakan 74,600 peluang pekerjaan.

''Tahun ini terdapat tambahan 14 syarikat baru yang menyertai projek EPP sama ada sebagai syarikat peneraju atau usahasama. Setakat ini, sebanyak 83 buah syarikat terlibat dalam mengerakkan projek tersebut," katanya ketika memberi penerangan terkini NKEA Pertanian 2012 di sini hari ini.

Katanya, antara syarikat peneraju terlibat di bawah EPP6, Blue Archipelago Berhad melaksanakan projek akuakultur penetasan yang dijangka menyumbang kira-kira RM52 juta kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada 2020.

Ujar beliau, Blue Archipelago Berhad yang juga syarikat milik kerajaan (GLC) terlibat dalam projek penetasan akuakultur di Setiu, Terengganu.

''Komponen penetasan akuakultur ini penting dilaksanakan bagi menampung 800 unit kolam udang bersepadu melibatkan kawasan 1,000 hektar yang sedang dibangunkan di Kampung Penarik, Setiu, Terengganu," katanya.

Menurut Noh, syarikat usahasama lain yang turut tersenarai melaksanakan projek EPP seperti Duria Resources Sdn. Bhd. di bawah EPP8, terlibat dalam penyediaan, pemprosesan dan pemasaran produk berasaskan durian.

''Duria Resources Sdn. Bhd. hanya dilantik sebagai syarikat usahasama kerana di bawah EPP8 kerajaan tidak menyediakan dana insentif,'' kata beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.