saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 26/06/2012

Lupa sejarah punca keretakan ummah

Ragam & Pengajaran

MEMBOSANKAN. Itulah perkataan yang kerap kali terkeluar daripada mulut sebahagian besar daripada kita apabila bercakap mengenai sejarah. Bukan sahaja pelajar di sekolah, malah segelintir kelompok orang dewasa juga tidak gemar mengimbau kisah silam itu.

Selain dikatakan memeningkan kerana terlalu banyak fakta dan kisah, sejarah juga sering dikaitkan dengan ilmu yang tiada hala tuju kerana membincangkan peristiwa silam dan tidak kena mengena dengan kehidupan masa kini.

Namun, sedarkah kita bahawa kerana menganggap sejarah hanya membuang masa dan ketinggalan zaman itu yang membuatkan manusia semakin leka sehingga cenderung untuk mengulangi sejarah.

Kesenangan dan keamanan yang dinikmati sejak lahir tanpa rasa syukur membuatkan kita semakin lupa dengan perjuangan, pengorbanan dan kesusahan pahlawan negara memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air sehingga menitiskan darah.

Lalu dengan mudah golongan yang mengabaikan sejarah memperjudikan kedaulatan agama, bangsa dan tanah air yang diraih sehingga mengakibatkan kepada keretakan serta perpecahan ummah.

Masalah ini yang ditekankan oleh Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminudin Yahaya ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Memartabatkan Islam, Memperkasakan Ummah (Kompas) yang berlangsung di Dewan Auditorium, Putrajaya, baru-baru ini.

Menurutnya, keretakan ummah masa kini yang dilihat semakin kritikal mampu mengundang kepada perpecahan yang besar sekiranya tidak ditangani dengan segera.

Tambahnya, maruah rakyat Malaysia yang majoritinya didiami oleh orang Melayu yang juga beragama Islam dilihat semakin tercalar akibat pengaruh gejala negatif luar yang berjaya menular di negara ini sehingga mencetuskan pelbagai kecelaruan.

"Oleh kerana kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam diri kebanyakan orang Melayu sendiri penyebab kepada keretakan bangsa Melayu.

"Pelbagai budaya negatif dari luar yang jelas bertentangan dengan hukum dan syariat Islam dibawa masuk, diterima dan lebih menyedihkan diperjuangkan oleh sesetengah daripada kita yang tidak tahu menilai erti sejarah.

"Sehingga berlakunya pertembungan atau pelbagai persimpangan dalam kalangan bangsa Melayu yang mampu merosakkan pegangan akidah Islam daripada pelbagai fahaman songsang tersebut," katanya kepada kira-kira 1,000 peserta konvensyen yang hadir.

Konvensyen dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Konvensyen itu diadakan bagi membincangkan isu mengenai realiti yang berlaku terhadap bangsa Melayu masa kini yang mengambil sikap acuh terhadap permasalahan masa depan orang Melayu di negara ini.

Program tersebut mendedahkan serta membongkar kembali kepada peserta mengenai kegemilangan umat Islam pada zaman silam dan membincangkan mengenai isu masa depan dan kedaulatan umat Islam yang perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Konvensyen sehari itu mengumpulkan panel-panel jemputan daripada badan dan pertubuhan Islam untuk membentangkan rumusan idea ke arah memperkukuhkan kedaulatan Islam dan menjamin masa depan umat Melayu Islam terus cemerlang.

Tambah Aminudin lagi, perpecahan di kalangan bangsa Melayu Islam juga berlaku berikutan syariat dan hukum Islam diketepikan semata-mata demi mencapai cita-cita untuk mengejar kuasa dan pengaruh.

Begitu juga katanya yang berlaku dalam sistem pendidikan yang dilihat kurang penekanan terhadap mata pelajaran Sejarah serta terdapat fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh ahli sejarah barat.

"Sehingga orang Melayu melupakan jasa tokoh pejuang Melayu Islam yang berjuang mempertahankan negara dan tanah air.

"Bahkan terus mengagungkan cendiakawan barat yang dihebohkan kehebatan mereka merungkai segala penemuan dan teori baru sehingga berjaya membangunkan kemajuan dunia khususnya di negara ini.

"Boleh disimpulkan bahawa, strategi penaklukan luar terhadap negara ini sudah berjaya. Ia dibuktikan dengan pendekatan yang sering diperjuangkan mereka sedikit sebanyak telah pun mula dibawa masuk dan diguna pakai di negara ini," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.