saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/06/2012

Pangkat Rela mengikut ATM tidak akan dilaksanakan

AHMAD Zahid Hamidi (dua kiri) bersama Zulkifeli Mohd. Zain (kiri), Ismail Ahmad dan Abdul Ghaffar Ramli (kanan) pada sidang media selepas majlis perasmian Bengkel dan Forum Kesedaran Rang Undang-Undang Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin di Kompleks Induk STRIDE, Kajang, semalam.

KAJANG 25 Jun - Kabinet memutuskan tidak akan melaksanakan pemakaian pangkat anggota Pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) mengikut Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat pada Jumaat lalu selepas beliau mengemukakan memorandum daripada Persatuan Bekas Pegawai Kanan ATM kepada Kabinet.

"Kabinet memahami sensitiviti perkara ini dan telah memutuskan supaya gelaran pangkat-pangkat berkenaan tidak dilaksanakan berkuat kuasa serta-merta," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel dan Forum Kesedaran Rang Undang-undang Konvensyen Senjata Biologi dan Toksin di sini hari ini.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Sri Dr. Ismail Ahmad dan Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE), Datuk Dr. Abdul Ghaffar Ramli

Penyediaan rang undang-undang itu bertujuan memenuhi komitmen negara dalam melaksanakan konvensyen tersebut, mengawal dengan lebih ketat aktiviti yang melibatkan agen biologi dan toksin berbahaya di kawasan terdedah.

Selain itu juga bertujuan mencegah berlakunya insiden pembebasan agen biologi dan toksin secara sengaja atau tidak sengaja dan sekali gus memantau dan mencegah pembangunan, penghasilan serta penyelidikan berteknologi dwifungsi.

Seramai 258 peserta yang menghadiri bengkel tersebut dan sebanyak lapan kertas kerja mengenai senjata biologi dan toksin dibentangkan.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegur tindakan beberapa kementerian dan agensi berkaitan yang dilihat mengambil sikap sambil lewa dalam bengkel serta forum rang undang-undang tersebut.

Beliau berkata, pihaknya sangat memerlukan input-input positif atau negatif daripada agensi-agensi dan kementerian berkaitan bagi memastikan ia lebih mantap.

Kata beliau, agensi dan kementerian yang dipertanggungjawabkan perlu bersama-sama berbincang dalam usaha merangka akta berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.