saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 26/06/2012

Ahmad Phesal Datuk Bandar Kuala Lumpur

Ahmad Phesal

KUALA LUMPUR 25 Jun - Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib hari ini dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru berkuat kuasa mulai 18 Julai ini.

Beliau menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad Ismail yang tamat tempoh kontrak pada 15 Julai ini.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam satu kenyataan di sini berkata, pelantikan Ahmad Phesal telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengikut subseksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutuan 1960.

Raja Nong Chik berkata, Ahmad Phesal yang berkhidmat 35 tahun dalam perkhidmatan awam, mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran, pembangunan dan perancangan wilayah serta pengurusan kerajaan tempatan sebelum dilantik sebagai Ketua Setiausaha kementerian sejak 2007.

"Semasa memegang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian, beliau terlibat secara langsung dengan dasar-dasar mengenai Wilayah Persekutuan dan program pembangunan lain di ibu negara," katanya.

Ahmad Phesal, 58, yang berasal dari Kedah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya (UM) 1977.

Beliau kemudian menyambung pengajian peringkat sarjana dan mendapat Sarjana Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Wisconsin, Amerika Syarikat pada 1983 dan pada 2005 memperoleh Diploma Pengurusan Lanjutan dari Harvard Business School, Boston.

Antara tugas beliau sebelum ini ialah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 2003 hingga 2006 sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pemantauan dan Penilaian) Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri pada 2006 hingga 2007.

Tambah Raja Nong Chik, kementerian juga merakamkan ucapan penghargaan kepada Ahmad Fuad kerana dapat melaksanakan pelbagai perkara dasar dengan baik dan berkesan sepanjang memegang jawatan Datuk Bandar.

Sementara itu, Ahmad Phesal ketika dihubungi Utusan Malaysia memberitahu, beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengenai pelantikan tersebut dan mengakui, tanggungjawab besar sedang menantinya bagi memenuhi harapan tinggi warga kota.

"Sudah tentu mereka mengharapkan setiap perkhidmatan adalah baik dan berkualiti. Jadi saya akan cuba melaksanakannya sebaik mungkin dengan merujuk kepada perancangan dan pembaharuan yang dilakukan oleh Datuk Bandar terdahulu.

"Malah saya akan memastikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai liveable city tercapai dan saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan untuk memikul tugas ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.