saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 28/06/2012

Pemandu lori bunuh peniaga ke tali gantung

SHAH ALAM 27 Jun - Seorang pemandu lori dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tiga tuduhan termasuk membunuh seorang peniaga yang pernah meminjamkan sejumlah wang kepadanya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Ho Kok Leong, 62, selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Kok Leong disabitkan bersalah membunuh ejen jual dan beli mesin kertas, Lee Fah, 51, menggunakan sepucuk pistol 9mm Stoeger Cougar 8000 di tempat meletak kenderaan di Jalan SP2/2 Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan dekat sini pada pukul 6.45 petang, 28 Jun 2010.

Kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Bagi tuduhan kedua, tertuduh didakwa cuba membunuh Lans Koperal Hosin Senawi dengan melepaskan empat das tembakan dari pistol yang sama ke arah anggota polis itu ketika tertuduh cuba melarikan diri daripada ditangkap antara pukul 6.45 petang dan 7.30 malam pada tempat dan hari yang sama.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 307 kanun tersebut, dia dihukum penjara lima tahun dari tarikh ditangkap pada hari kejadian.

Kok Leong yang diwakili oleh peguam bela, S.C. Yong turut didakwa atas tuduhan melepaskan empat das tembakan dari pistol yang sama ketika melarikan diri daripada Hosin pada waktu yang sama.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971 itu, dia dihukum gantung sampai mati.

Menurut keterangan Hosin, dia terdengar bunyi tembakan dan menghampiri tempat kejadian lalu menemui mangsa yang cedera akibat tembakan terbaring di atas jalan.

Kata saksi itu, tertuduh kemudian cuba melarikan diri sambil melepaskan empat tembakan yang tidak tepat ke arahnya.

Bagaimanapun menurut Hosin, tertuduh berjaya ditangkap pada jarak 300 meter dari tempat kejadian selepas Hosni meminta bantuan rakan setugasnya yang bertindak menembak kaki tertuduh.

Sementara itu, tertuduh dalam pembelaannya membangkitkan watak seorang lelaki bernama Ah Meng yang didakwanya sebagai individu yang bertanggungjawab melakukan kesemua perbuatan tersebut.

Sepanjang perbicaraan, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Syuhada Alwi memanggil 15 saksi manakala pembelaan hanya memanggil tertuduh sebagai saksi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.