saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 28/06/2012

Tempah alat ganti skuter dan baiki sendiri lebih jimat

KOTA KINABALU 27 Jun - Alat-alat ganti skuter elegan yang ditempah terus daripada kilang dan pengedar di Semenanjung harganya amat murah sehingga lebih 100 peratus berbanding jika dibeli di sini.

Seorang ahli Kelab Pemilik Skuter Elegan Sabah (KPSES), Mohd. Nazrul Abdul Kipli, 32, berkata, peningkatan harganya mungkin berpunca daripada kurangnya permintaan memandangkan masih kurang individu yang memiliki kenderaan itu di negeri ini.

"Berbeza dengan kami yang mendapat harga 'Semenanjung' apabila menempah alat-alat ganti terus daripada pihak berkenaan di sana. Malah, rakan-rakan kelab sama di Semenanjung juga banyak membantu memberi bimbingan untuk membaik pulih kenderaan ini.

"Biasanya antara dua atau tiga bulan sekali KPSES akan berkumpul bersama untuk membaik pulih kenderaan masing-masing setelah memperoleh alat-alat ganti yang ditempah. Cara ini lebih jimat," katanya yang dilantik sebagai salah seorang foreman dalam kelab itu.

Tambah Mohd. Nazrul yang merupakan kakitangan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Sabah, semua ahli terbabit akan meleraikan sendiri 'perut' kenderaan dan membersihkannya sebelum dipasang dengan alat-alat ganti yang telah rosak.

"Bila tibanya bahagian untuk memasang semula alat-alat ganti, biasanya saya bersama dengan beberapa orang lagi ahli yang agak mahir akan memantau dan membimbing mereka," katanya yang mahir membaiki skuter setelah banyak belajar daripada ahli-ahli lain yang lebih senior sejak tahun 2009 lagi.

Mengimbas kembali pengalamannya yang 'dicekik darah' oleh bengkel, Mohd. Nazrul berkata, sebelum ini beliau pernah dikenakan bayaran untuk membaiki skuternya hingga hampir mencecah RM3,000 dan apabila disemak semula harganya dengan rakan-rakan lain di Semenanjung, kos sebenarnya tidak sampai RM800.

"Cuba bayangkan harga set belting, roller dan beberapa alat lagi jika ditempah dari Semenanjung hanya kira-kira RM150 sahaja tetapi terdapat bengkel di sini yang menjual hingga RM300 bagi barangan sama," katanya.

Sehubungan itu, beliau dan ahli-ahli KPSES amat berharap agar syarikat pengeluar motosikal nasional, Modenas sekurang-kurangnya membuka kilang atau lebih banyak melantik pengedar alat-alat ganti di Sabah sebagai salah satu cara untuk mengawal harganya yang kadang-kadang seperti tidak masuk akal.

"Kami juga berharap Modenas atau pengeluar motosikal lain bersikap proaktif dengan lebih banyak memberikan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membiayai kelab-kelab motosikal seperti KPSES, kerana kami secara tidak langsung menjadi duta kecil kepada mereka," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.