saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/06/2012

Insiden tegang dalam prosiding Selcat

SHAH ALAM 28 Jun - Prosiding pendengaran Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) mengenai padang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Kelana Jaya, dekat sini, agak tegang apabila berlaku tuduh-menuduh di antara pegawai Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) negeri.

Insiden itu bermula apabila timbul persoalan mengenai pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya padang PKNS yang selama ini diletakkan di bawah zon kawasan lapang dan rekreasi ditukar kepada zon komersial.

Malah, nama Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim turut dikaitkan sebagai individu yang bertanggungjawab mengeluarkan arahan supaya zon tersebut diselaraskan dengan status pegangan hak milik tanah di kawasan itu.

Menurut Penolong Pengarah Kanan Jabatan Perancang Bandar MBPJ, Faiwos Abd. Hamid, pindaan itu dilakukan selepas satu mesyuarat bersama di antara pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dengan JPBD negeri pada awal tahun lalu.

''Pindaan demi pindaan itu dilakukan selepas MBPJ dan JPBD mencapai kata putus dalam satu mesyuarat bersama yang diadakan tahun lalu.

''Malah, Menteri Besar juga ada mencadangkan supaya status zon itu ditukar dan diselaraskan dengan syarat nyata pemilikan hak milik tanah di sesuatu kawasan itu," katanya.

Faiwos merupakan salah seorang saksi yang dipanggil memberi keterangan kepada Selcat di Dewan Annexe, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.

Turut memberi keterangan adalah bekas Pengarah Perancang Bandar MBPJ, Noraini Roslan; ahli akademik, Datuk Dr. Goh Ban Lee; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Timbalan Pengarah JPBD negeri, Norasiah Bee Mohd. Haniff.

Mereka dipanggil memberi keterangan kepada panel Selcat yang dipengerusikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Teng Chang Khim.

Panel Selcat lain yang hadir pada pendengaran tersebut ialah Timbalan Speaker DUN, Haniza Mohamed Talha, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh dan ADUN Permatang, Sulaiman Abdul Razak.

Sementara itu, Norasiah Bee menyanggah kenyataan Faiwoz dengan mendakwa mesyuarat yang diadakan pada awal tahun lalu itu langsung tidak membincangkan mengenai sebarang pindaan pada pelan tersebut sebaliknya lebih fokus kepada proses mencetak Rancangan Tempatan Petaling Jaya (RTPJ2) yang telah diwartakan.

Malah, Norasiah Bee juga seolah-olah cuba untuk melindungi Abdul Khalid dengan mendakwa Menteri Besar tersebut tidak mengeluarkan arahan untuk pertukaran zon tetapi sebaliknya ia lebih dilihat sebagai satu cadangan.

''Menteri Besar memang ada mencadangkan tentang perkara itu tetapi beliau juga menasihati agar segala pertukaran zon itu dibuat mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, Noraini mengakui beberapa pindaan yang terdapat pada RTPJ2 dibuat tidak mengikut peruntukan undang-undang sebaliknya dilakukan hanya berdasarkan amalan biasa.

Berdasarkan amalan sebelum ini, katanya, MBPJ boleh membuat sebarang pindaan di dalam RTPJ2 meskipun selepas diberi kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan diwartakan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.