saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 29/06/2012

Hukuman ringan, pemilik kucing gesa pinda akta

YUSHAIRI Khairuddin (depan) dan Shahrul Azuwan Adanan (belakang) dibawa keluar dari bilik perbicaraan selepas didenda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA 28 Jun - Pekarangan Mahkamah Majistret di sini hari ini kecoh apabila pemilik kucing peliharaan tidak puas hati terhadap dua pemilik sebuah pusat jagaan haiwan peliharaan yang didenda RM6,000 kerana menyebabkan kesakitan dan penderitaan terhadap 30 ekor kucing, tahun lalu.

Luahan hati mereka ditujukan kepada Shahrul Azuwan Adanan, 30, dan Yushairi Khairuddin, 30, setelah pemilik-pemilik kucing itu menganggap hukuman yang dijatuhkan oleh Majistret K.B. Elena Hong Tze Lan adalah terlalu ringan dan tidak setimpal dengan perbuatan mereka.

Lebih menyakitkan hati mereka, kedua-dua lelaki itu tersenyum dan bersahaja semasa berjalan ke kaunter pembayaran tanpa berkata apa- apa kepada pemilik-pemilik kucing tersebut yang mengharapkan sekurang-kurangnya permohonan maaf daripada mereka.

Shahrul Azuwan dan Yushairi didenda RM200 atau penjara sebulan bagi setiap 30 pertuduhan yang dihadapi mereka, menjadikan jumlah keseluruhan denda RM6,000 selepas masing-masing menukar pengakuan kepada bersalah atas kesemua pertuduhan itu.

Mereka berdua yang diwakili peguam Syariful Nizam Shahruddin, didakwa mengabaikan tanggungjawab memberi makan dan minum sehingga menyebabkan kesakitan serta penderitaan terhadap 30 ekor kucing yang ditinggalkan 10 pemiliknya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, tahun lalu.

Kejadian didakwa berlaku di Petknode Online Pet Store, No. F001B, Aras 1, Plaza Seasons Square, Jalan PJU 10/3, Damansara Damai, di sini antara 3 dan 4 September tahun lalu.

Dakwaan terhadap mereka dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa dari Jabatan Veterinar, Jamadi Badri mengikut Seksyen 44(1)(d) Akta Binatang 1953 (Semakan 2006) yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM200 atau kedua- duanya.

Elena dalam keputusannya berkata, walaupun ada hukuman penjara yang diperuntukkan di bawah seksyen tersebut, beliau perlu mendahulukan hukuman denda setelah mempertimbangkan beberapa perkara termasuk pengakuan bersalah kedua-dua tertuduh.

Salah seorang pemilik kucing, Sabirah Hassan yang hadir di mahkamah menyatakan rasa tidak puas hati terhadap hukuman tersebut kerana mengharapkan kedua-dua tertuduh itu dikenakan hukuman penjara.

"Denda RM6,000 semua orang boleh bayar dan ia langsung tidak memberi pengajaran kepada mereka. Akta lemah, harap kerajaan dapat membuat sesuatu kerana ini bukan kes pertama," katanya.

Wakil Komuniti Menyelamat dan Merawat Kucing Terbiar (SCRATCH), Rina Zahid pula menggesa kerajaan meminda akta yang ada sekarang dengan segera.

"Kami telah mengusahakan satu kaji selidik yang antara soalan kami utarakan adalah bentuk hukuman bagaimana yang harus diperuntukkan dalam akta tersebut atau berapa denda maksimum yang sepatutnya dikenakan kepada pesalah-pesalah yang melanggar akta itu," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.