saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 30/06/2012

Raja Permaisuri Agong rasmi Floria 2012 hari ini

PUTRAJAYA 29 Jun - Bermula esok, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan akan berubah wajah menjadi hamparan bunga-bungaan pelbagai warna sempena penganjuran Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria 2012).

Pesta sembilan hari di Persisiran Tasik Putrajaya, Presint 2 itu turut menawarkan pameran hiasan seni reka taman yang mengandungi 400,000 tumbuhan berbunga dan berwarna-warni.

Edisi kelima yang menampilkan slogan Bunga Kertas - Tetap Menawan itu bakal dirasmikan oleh Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah esok.

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, selain bunga kertas, Floria 2012 turut mempamerkan beberapa spesies unik lain seperti bonsai, heliconia dan orkid untuk tatapan pengunjung.

"Sehubungan itu, saya menyeru orang ramai terutamanya penggemar landskap taman dan bunga-bungaan datang beramai-ramai ke Floria 2012 bagi menyaksikan sendiri keindahan yang bakal dipamerkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membawa wakil media melawat tapak Floria 2012, di sini hari ini.

Menurut Samsudin, Floria 2012 juga menampilkan 16 muka baru pereka taman dan juru hias bunga antarabangsa sekali gus menambahkan kemeriahan pesta yang menjadi acara tahunan itu.

"Penyertaan negara baru itu semestinya menampilkan rekaan seni landskap yang berbeza dan dapat mencetuskan kepelbagaian dalam menghasilkan sesuatu konsep taman.

"Misalnya taman dalaman, taman luaran dan taman orkid dari Australia, Taiwan, Indonesia, Filipina, China, Belanda, Amerika Syarikat dan United Kingdom," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menyasarkan sejuta pengunjung bagi Floria 2012 kerana pesta bunga-bungaan itu merupakan tarikan utama ke Putrajaya sejak mula diperkenalkan pada 2007.

Selain itu, katanya, lebih 200 program termasuk garden centre, agro bazar, produk agro, master gardener, botanical discovery, pertunjukan bunga api, hiburan, persembahan dan pavilion bunga-bungaan akan turut menyerikan Floria 2012.

Dalam pada itu, katanya, antara acara menarik Floria 2012 adalah segmen Perarakan Floral Pelancongan (PFP) dengan bot berhias di Tasik Putrajaya pada waktu malam.

"Antara tarikan baru tahun ini adalah penyertaan PFP buat kali kedua sepanjang penganjuran Floria Putrajaya 2012 yang bertemakan 'Keajaiban Waktu Malam'.

"Perarakan itu akan mempamerkan flora terapung dari pelbagai negara dan organisasi yang berlayar dengan bot khas di Tasik Putrajaya," katanya.

Floria Putrajaya 2012 dibuka Isnin hingga Khamis bermula pukul 9 pagi hingga 10 malam manakala Jumaat hingga Ahad dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.