saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 30/06/2012

'Mr. Transformer' sedia hadapi cabaran

Mohd. Radzif

MESKIPUN sudah berada dalam kelompok 'transformer', gelaran yang diberikan oleh media kepada tokoh-tokoh korporat yang berjaya menyelamatkan syarikat bermasalah, Datuk Mohd. Radzif Mohd. Yunus masih mengekalkan sikap 'low-profile.'

Siapa sangka di sebalik sikapnya yang cukup tenang, Mohd. Radzif memiliki 'sentuhan ajaib' dalam memulih dan melakukan transformasi terutama syarikat-syarikat yang berhadapan dengan masalah kewangan.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa Mohd. Radzif merupakan individu di belakang tabir pembangunan Enstek milik TH Properties, anak syarikat Tabung Haji.

Malah, beliau juga adalah insan yang melakukan transformasi Institut Jantung Negara (IJN) pada 2006.

Semasa berkhidmat di IJN Holdings Sdn. Bhd., beliau telah menerajui pusat itu yang kemudiannya diiktiraf sebagai Pusat Kecemerlangan oleh Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI), akreditasi piawaian kesihatan yang diiktiraf peringkat antarabangsa.

Beliau yang kini meneruskan misi tersebut di Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (Bank SME) dan setakat ini 'sentuhannya' cukup berbisa.

Bank SME sudah mula lega kerana berjaya mencatatkan keuntungan pada tahun lalu selepas mengalami kerugian sejak 2009.

Kini fokus Mohd. Radzif adalah untuk mengukuhkan kedudukan Bank SME dengan menurunkan nisbah hutang tertunggak kepada 15 peratus.

Mengulas kebolehan dan kemampuannya selaku 'transformer' (orang yang mengubah), Mohd. Radzif berkata, kerja-kerja yang dilakukan itu memang cukup mencabarnya namun menerima tugas dan tanggungjawab itu dengan hati yang terbuka.

Katanya, tugas yang digalas itu memberi peluang kepadanya untuk belajar pelbagai perkara yang kadang-kadang tidak terfikir pada awalnya.

"Tugas-tugas yang diberikan menjadikan saya seorang yang cukup fokus dalam menangani setiap permasalahan," katanya ketika ditemui di sini.

Ditanya pengalaman sebagai 'transformer', Mohd. Radzif mengakui setiap syarikat yang dipimpinnya memberi pengalaman yang menarik.

Beliau berkata, pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah ketika melihat perubahan penduduk Felda LBJ, di Seremban ketika mendapat durian runtuh hasil penjualan ladang mereka kepada TH Properties.

Menurutnya, penduduk terlibat yang mendapat pampasan wang lebih RM1 juta itu telah membelanjakan wang dengan membina rumah banglo dengan kemudahan lif.

"Masa itu saya cukup terperanjat kerana mereka sepatutnya menggunakan wang berkenaan untuk tabungan masa depan.

"Sebab itu saya cukup sedih apabila terbaca ada di kalangan mereka yang kini jatuh susah atau miskin," tambahnya.

Mengingati pengalaman di IJN pula, Mohd. Radzif berkata, bekerja dengan golongan profesional memang cukup berbeza kerana mereka memberi tumpuan kepada satu arahan.

"Biarpun keadaan cukup berbeza, peranan komunikasi dan bekerja dalam satu kumpulan merupakan dua aspek penting dalam menangani masalah.

"Kerjasama adalah kunci segala-galanya. Bagi saya mudah, seandainya kita mempunyai masalah, keadaan itu perlu diketahui oleh kakitangan kerana kita memerlukan sokongan untuk memulihkan syarikat.

"Saya percaya sokongan kakitangan adalah kunci kejayaan dalam semua permasalahan dan memudahkan transformasi dilakukan," ujarnya.

Ditanya adakah dalam usia 54 tahun itu, beliau bersedia untuk melaksanakan khidmat negara seterusnya, Mohd. Radzif berkata: "Mengapa tidak, kalau boleh saya mahu membantu syarikat yang mempunyai masalah yang lebih mencabar."

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.