saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 02/07/2012

Upacara pengebumian diserang

Gambar yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Syria, SANA merakamkan beberapa orang anggota keselamatan Syria memeriksa lokasi kejadian letupan kereta di kawasan kediaman di Jamiliya, Aleppo, kelmarin. Tiada kecederaan dilaporkan dalam letupan itu. - AFP

BEIRUT 1 Julai - Tentera Syria didakwa membunuh lebih 30 orang semalam apabila mereka melancarkan bom mortar ke arah satu perarakan pengebumian seorang lelaki yang maut dalam satu serangan sehari sebelum itu.

Aktivis berkata, satu rakaman video oleh orang awam yang disiarkan di satu laman web menunjukkan bom itu mengenai kumpulan perarakan tersebut.

Satu lagi rakaman video menunjukkan kesan selepas serangan bom mortar itu di mana mayat-mayat dilihat bergelimpangan.

Pamantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, jumlah kematian dijangka meningkat, selain mereka yang cedera teruk.

Pihak berkuasa Syria mengehadkan liputan media menyebabkan sukar untuk mengesahkan laporan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, setakat ini lebih 10,000 orang mati dibunuh oleh tentera Syria, sejak kebangkitan rakyat tercetus di negara ini.

Damsyik pula menyatakan sekurang-kurangnya 2,600 anggota tentera dan pasukan keselamatan Syria dibunuh oleh pemberontak. - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.