saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 03/07/2012

Tabur bakti di negeri sendiri

MOHAMAD Hasan bermesra dengan pelajar-pelajar pada Majlis Anugerah Kecemerlangan STAM di Sekolah Maahad Ahmadi, Gemencheh, baru-baru ini. - UTUSAN/ABD. RAZAK AID

TAMPIN 2 Julai - Kerajaan negeri melahirkan rasa amat bangga dengan pencapaian keseluruhan warga Maahad Ahmadi, Gemencheh dekat sini termasuk para pendidik, pelajar dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan yang telah melalui beberapa fasa kejayaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, sejak ditubuhkan pada 1 Jun 1975, Maahad Ahmadi adalah institusi pendidikan agama yang disegani dan dihormati masyarakat kerana telah mencapai kejayaan yang baik dalam pelbagai bidang terutamanya akademik.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang tahun lalu dan menasihatkan mereka agar menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi.

"Apabila telah selesai menimba ilmu kelak, kita harap mereka akan pulang untuk menabur bakti di negeri sendiri," katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Akademik serta peletakan batu asas surau baru sekolah berkenaan baru-baru ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Gemencheh, Datuk Mohd. Kamil Abdul Aziz; Pengetua Maahad Ahmadi, Abdul Rahim Maamor dan Yang Dipertua PIBG sekolah itu, Hasnan Hashim.

Pada majlis itu, Menteri Besar menyampaikan anugerah pelajar cemerlang STAM 2011 iaitu seorang mendapat keputusan mumtaz sofi, 15 mumtaz, sembilan (jayyid jiddan), 27 (jayyid) dan tiga (maqbul).

Beliau turut menyampaikan anugerah pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2011 kepada seorang pelajar yang mendapat keputusan 10A, sembilan (9A dan 8A), 10 (7A) serta 10 yang cemerlang PMR 2011.

Mohamad turut menyerahkan RM30,000 kepada PIBG untuk pembangunan pendidikan pelajar, RM100,000 (pembinaan surau) dan RM500,000 (membaik pulih infrastruktur sekolah) yang akan dimasukkan dalam belanjawan negeri 2013.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.