saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 04/07/2012

Isteri Lim Guan Eng bersama 4 ADUN DAP digantung 6 bulan

MELAKA 4 Julai - Selepas bertindak keluar dewan semasa permulaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal Kelima semalam, lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP digantung daripada menghadiri sidang DUN selama enam bulan berkuat kuasa hari ini.

Mereka yang dikenakan hukuman tersebut ialah Ketua Pembangkang, Goh Leong San (Kesidang), Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana), Lim Jak Wong (Bachang), Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh).

Speaker, Datuk Othman Mohamad Othman mengumumkan penggantungan itu mengikut Peraturan 34 Perkara (1) hingga (4) Peraturan-peraturan Mesyuarat DUN Melaka.

"Tindakan menggantung lima ADUN ini kerana mereka gagal mematuhi peraturan sidang DUN termasuk membawa sepanduk tertulis perkataan 'shame on you Gan Tian Loo' (malulah kamu Datuk Gan Tian Loo).

"Mereka juga menimbulkan kekecohan selama 25 minit walaupun selepas saya menangguhkan persidangan menyebabkan sidang DUN tidak dapat dimulakan dan ditangguh ke tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.