saya nak baca ..

FEMININ


ARKIB : 04/07/2012

Rizalman di Tesco

Rizalman Ibrahim (tujuh dari kiri) dan Hem Patel (lima dari kanan) bersama barisan model yang menggayakan koleksi 20 By Rizalman.

SEMPENA menunggu musim perayaan yang akan tiba, anda berpeluang untuk menggayakan rekaan eksklusif daripada seorang pereka fesyen tempatan terkenal dengan harga yang berpatutan.

Tesco Store Malaysia Sdn. Bhd. (Tesco) telah bekerjasama dengan Rizalman Ibrahim untuk koleksinya, 20 by Rizalman.

Koleksi yang mencerminkan perjalanan pereka tersebut selama 20 tahun dalam industri fesyen menampilkan 12 pasang baju kurung dan kebaya moden dalam waran-warna yang sofistikated, penampilan yang elegan dan siluet yang menarik.

Dalam koleksi ini Rizalman memuatkan unsur-unsur yang sinonim dengan beliau dan menggabungkannya dengan paparan yang kontemporari dalam koleksi terhad ini.

Pengarah Komersial untuk Pakaian Tesco, Hem Patel berkata, pihaknya sangat teruja kerana berpeluang bekerjasama dengan Rizalman untuk promosi hari raya yang akan datang.

"Pengalamannya yang luas, dedikasi, dan ketelitiannya memberi sentuhan eksklusif pada setiap rekaan.

"Ia juga merupakan peluang terbaik untuk beliau mempersembahkan rekaan terbaru sempena ulang tahun ke 20 dalam industri ini.

"Tesco berharap dengan kerjasama, ia dapat menawarkan fesyen eksklusif pada harga berpatutan kepada pelanggan dan penggemar fesyen di seluruh Malaysia dengan koleksi Rizalman bermula dari RM80 sehingga RM250 sepasang," katanya.

Sementara itu, Rizalman berharap rekaan kali ini dapat mendekatkan lagi dirinya dengan peminat.

"Setelah dua dekad dalam industri fesyen, saya ingin membawa diri lebih dekat kepada peminat saya dan berkongsi dengan mereka saat-saat indah saya.

"Dalam mengenang perjalanan saya dalam industri ini, penggemar fesyen dan peminat akan melihat elemen-elemen kebaya pendek dan baju kurung Kedah dalam koleksi 20 by Rizalman.

"Rekaan bagi koleksi terhad ini mengekalkan kualiti dari segi warna, tekstur, renda dan reka bentuk berjalur," katanya.

Apabila ditanya mengenai kerjasama dengan Tesco, Rizalman berkata selain mempunyai 45 kedai di Malaysia, Tesco juga terkenal dengan menawarkan produk berkualiti tinggi dari barang keperluan harian untuk isi rumah hinggalah kepada pakaian.

"Jangkauan Tesco yang luas membolehkan saya mencapai semua peminat saya yang mencari fesyen yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan semasa musim perayaan ini," katanya.

Istimewa untuk pelancaran 20 by Rizalman, beliau juga akan membuat penampilan di beberapa cawangan Tesco untuk menandatangani tag pakaian untuk peminat setia beliau.

Beliau akan berada di TescoExtra Shah Alam pada 14 Julai 2012 (Ahad0 dari 4 hingga 6 petang dan di Tesco Mutiara Damansara pada 15 Julai(Ahad) dari 4 hingga 6 petang.

Kesemua koleksi 20 by Rizalman boleh didapati di 20 buah tesco di seluruh Malaysia bermula 7 Julai ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.