KELUARGA
ARKIB : 04/07/2012
Sentuhan Afidah

Dandanan dan solekan adalah salah satu jalan penentu untuk menaikkan seri pada setiap pasangan raja sehari sama ada lelaki mahupun perempuan.
Selain itu, aspek solekan sangat penting bagi membantu menceriakan raut wajah mempelai di hari bahagia mereka.
Jurusolek pengantin, Afidah Khamis dari Afidah Khamis Make Ups and Stuff berkata, menggalas tugas sebagai penaja solekan bagi Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia dari musim pertama hingga ke tiga, adalah tugas besar untuk beliau dan ahli pasukannya bagi memastikan pengantin kelihatan berseri-seri pada hari persandingan.
“Pemilihan solekan adalah bergantung kepada rekaan baju dan konsep majlis supaya selari dengan karakter sebenar si mempelai.
“Faktor ini penting untuk mempersembahkan tata rias yang menonjolkan personaliti dan kecantikan semulajadi pengantin,’’ katanya yang sentiasa hadir ditemani rakan-rakan dalam pasukannya.
Selain beliau, pasukannya turut dianggotai beberapa jurusolek berpengalaman seperti Norhafizah Norham, Azura Ismail, Aidatul Saliza Mohamad Alias dan Safrina Safri.
Selain mengandam pengantin, mereka juga menaja solekan untuk pengapit dan kanak-kanak pembawa bunga.
Berkerja sebagai satu pasukan, Afidah seboleh mungkin berusaha berlaku adil dalam memastikan setiap ahli pasukannya berpeluang untuk menata rias sekurang-kurangnya seorang pemenang.
Untuk musim ketiga ini, beliau sendiri menggalas tanggungjawab mendandan dan menata rias juara, Nor Syafiqah Syahirah Mohamed dan suaminya, Mohd. Firdaus Mohd. Fauzi serta pasangan naib juara, Leftenan Mohd. Zaidi Mohd. Bishan dan Kapten Zazalina Ghazali.
Menurut Afidah, setiap pasangan pengantin mempunyai karakter tersendiri dan berbeza-beza antara satu sama lain.
Sebagai contoh menurut Afidah, Zazalina dilihat berkarakter manja dan comel. Jadi solekan yang sesuai untuknya adalah seperti gaya seorang puteri berdasarkan gaun pengantin yang bercirikan ala ball-room.
“Solekan ala puteri akan lebih menonjolkan dirinya yang sedia berkulit gebu dan tindakan aplikasi bedak asas nipis dilakukan mengikut lapisan demi lapisan.
“Solekan yang cerah dengan penggunaan warna-warna pastel dipilih agar pengantin tampil manis dan kelihatan remaja dengan busana yang digayakan pada hari tersebut,’’ kata Afidah.
Begitupun aspek solekan itu penting, tetapi usaha beliau untuk menaikkan seri pengantin juga bergantung kepada diri pengantin itu sendiri supaya sentiasa tenang dan tidak terlalu gemuruh.
“Namun, tindakan penggunaan bulu mata palsu dengan kesan semulajadi diaplikasi secara dua lapis bagi menyerlahkan mata yang kelihatan kecil.
“Jika pakaian sarat dengan labuci, penggayaan tudung pula harus sederhana dan aksesori pula perlu ringkas supaya tidak kelihatan serabut,’’ katanya.
Tambahnya, selain solekan tertumpu kepada pengantin perempuan, sedikit sentuhan pada pengantin lelaki juga perlu dilakukan supaya keduanya sama cantik dan sama padan di atas pelamin.
“Walaupun terdapat sebahagian pengantin lelaki tidak mahu disolek, tetapi sebaiknya penggunaan bedak asas yang nipis di wajah akan membuatkan kulit kelihatan sihat dan bermaya," katanya.
Ringkas dan moden kontemporari
Fadzlina bermula kosong
Kek kahwin ikut konsep
Sajian seantero dunia di Kontiki
Kisah hero kanak-kanak
Permainan bantu anak capai potensi
Didik anak dengan baik
Ragam hidup berjiran
Mitos mengenai cinta sejati
Akibat lupa tanggungjawab
#OOTD bukan sekadar fesyen
Hormati tudung yang dipakai
Barang lama orang muda
Tidak anggap diri alim
Qarmasutra bilik studio
Jamu mata, jamu selera
Berjaya selepas terima dugaan besar
Menyambung kerja anak
Buku masakan tingkap ke Gaza
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












