saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/07/2012

DAP tidak berani hadapi kenyataan

MELAKA 3 Julai - Tindakan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini kerana mereka tidak berani berdepan dengan pelbagai soalan berhubung isu seorang wanita, Ng Phaik Kheng yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan wakil rakyat pembangkang itu termasuk isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng (DAP-Kota Laksamana) meninggalkan dewan sebelum sidang DUN bermula membuktikan mereka tidak berani menghadapi kenyataan.

"Kalau dia (Betty) tidak bersalah kenapa dia nak lari. Baru kena sikit dah tak boleh tahan. Buat apa nak cerita di luar dan sebagai wakil rakyat elok beri penjelasan di dalam dewan.

"Kita semua nak tahu tentang gambar yang ditunjukkan oleh ADUN Duyong, Datuk Gan Tian Loo semalam dan isu seorang wanita yang dikaitkan dengan Guan Eng.

"Nampak sangat kelima-lima ADUN DAP ini tidak telus dan demokrasi, bila tidak boleh jawab, mereka bertindak keluar dewan," katanya kepada pemberita sewaktu sesi rehat pada persidangan penggal kelima hari kedua sidang DUN Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini.

Mohd. Ali (BN-Bukit Baru) mengulas mengenai tindakan lima wakil rakyat daripada DAP yang bertindak keluar dewan sebelum persidangan bermula.

ADUN daripada DAP diketuai oleh Goh Leong San (Kesidang) mengambil tindakan keluar dewan selepas tidak berpuas hati terhadap Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad ekoran penyiaran gambar Betty dalam akhbar Utusan Malaysia berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya.

Mengulas lanjut tuduhan wakil rakyat pembangkang itu ke atas Othman sebagai konspirasi dengan pihak media, Mohd. Ali berkata, ia tidak berasas langsung.

"Sebenarnya baik Betty atau rakan DAP yang lain tidak berani untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Tian Loo," ujarnya.

Sementara itu, Othman ketika ditemui selepas menangguhkan sidang DUN berkata, kebenaran untuk wartawan dan jurugambar mengambil gambar sewaktu sidang DUN berlangsung tidak melanggar peraturan dewan.

"Sejak saya menjadi Speaker, kebenaran telah diberikan kepada semua pihak media cetak dan elektronik untuk membuat liputan setiap kali berlangsungnya sidang DUN," ujarnya.

Katanya, laporan yang berlaku di sidang DUN tidak perlu hendak disorokkan kerana rakyat ingin tahu apa yang berlaku di dalam dewan tersebut.

Beliau menambah, jika pihak pembangkang ingin mendakwa kita tidak telus atau wujud konspirasi, itu adalah hak mereka untuk membuat apa sahaja andaian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.