saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 04/07/2012

Phaik Kheng minta Betty jawab

PULAU PINANG 3 Julai - Bekas kakitangan Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng, Ng Phaik Kheng melahirkan rasa terkejut apabila mendapat tahu namanya disebut semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semalam.

Malah, wanita itu berkata, dia tidak tahu-menahu mengenai isu tersebut.

Menurutnya, adalah lebih sesuai isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng sendiri menjawab segala persoalan yang dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo dalam persidangan tersebut.

"Saya tidak tahu mengenai perkara ini dan ia bukan urusan saya.

"Sekiranya soalan tersebut ditujukan kepada Betty, suruh beliau yang jawab. Kenapa tanya saya pula?," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Betty yang juga ADUN Kota Laksamana mengelak daripada mengulas isu Phaik Kheng yang dikaitkan dengan suaminya, Guan Eng semasa sidang DUN Melaka.

Ketika ditanya oleh wartawan selepas persidangan, beliau meminta mereka bertanya kepada Tian Loo yang menimbulkan persoalan berkenaan.

Perkara itu dibangkitkan oleh Tian Loo sewaktu menggulung perbahasan usul membantah perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada 28 April lalu.

Tian Loo bertanya kepada Betty jika beliau mengenali Phaik Kheng sambil menunjukkan foto Guan Eng yang di dahinya tertampal plaster.

Phaik Kheng menambah, tidak sepatutnya dia diminta mengulas mengenai perkara itu kerana soalan berkenaan bukan ditujukan kepadanya.

"Saya rasa kelakar apabila ditanya perkara ini.

"Ok, setakat ini sahaja, terima kasih," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.