saya nak baca ..

BICARA AGAMA


ARKIB : 05/07/2012

Islam damaikan jiwa

HATI Clinton Sipes akan bergetar setiap kali dia mendengar laungan azan!

"Saat itu saya merasakan tuhan seperti begitu dekat. Saya dapat merasakan satu kedamaian hati yang begitu saya dambakan selama ini," katanya.

Beliau terus mengkaji mengenai Islam dan yang ditemuinya hanyalah sebuah ajaran agama yang sempurna dan lengkap memberikan panduan untuk hidup di dunia ini, tanpa ada sebarang kontradiksi di dalamnya.

"Tidak sebagaimana ajaran agama lain, yang meyakini dan mempercayai lebih dari satu tuhan atau menyembah berhala. Sedangkan Islam adalah agama yang berdasarkan pada keyakinan bahwa Allah itu Esa.

"Malah saya sangat kagum terhadap mukjizat al-Quran yang sudah berumur ribuan tahun tapi kemurniaannya tetap terjaga. Tanpa ada satupun kata mahupun huruf dalam al-Quran yang diubah atau berubah," katanya.

Setelah mengenal agama Islam, sedikit demi sedikit perilaku Sipes berubah.

Daripada seorang yang dahulunya banyak menimbulkan masalah, penuh kebencian dan bersifat amarah tanpa bertepi, kini Sipes menjadi seorang yang lebih tenang.

"Islam memenuhi keperluan naluri, spiritual, ketenangan dan kedamaian dalam diri yang tidak dapat saya jelaskan dengan kata-kata. Dengan Islam, tujuan hidup saya semakin jelas, ke arah jalan yang lurus," ungkap Sipes.

Akhirnya beliau melakukan satu transformasi besar dengan mengucap dua kalimah syahadah dan menggunakan nama Abdus Salam sebagai identiti baru dirinya.

"Alhamdulillah, setelah saya menemukan kebenaran Islam dan menjadi seorang Muslim, saya seperti dilahirkan semula ke dunia ini dan ingin 'membesar' menjadi manusia baru yang baik dan mengabdikan diri pada Allah SWT," ujar Abdus Salam Clinton Sipes.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.