JOHOR
ARKIB : 05/07/2012
Imam tangkap pesalah syariah

MUAR 4 Julai - Seramai 200 imam Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan diberi kuasa untuk melaksana peruntukan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 1997 bagi menampung kekurangan pegawai penguatkuasa di negeri ini.
Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa JAIJ, Ramly Jusoh berkata, kuasa itu akan membolehkan mereka melaksanakan aspek perundangan dan undang-undang syariah, sekali gus membantu serta meringankan tugas pegawai penguat kuasa sedia ada.
Menurutnya, setakat ini seramai 60 imam sedang menjalani Kursus Asas Pegawai Penguat Kuasa Agama yang akan memberi kuasa kepada mereka menahan pesalah dan seterusnya melaksanakan pencegahan dalam komuniti masing-masing.
"Ketika ini, JAIJ hanya mempunyai 78 pegawai penguat kuasa yang boleh melakukan aktiviti penguatkuasaan termasuk menahan pesalah yang melanggar undang-undang syariah di negeri ini.
"Kita sasarkan 200 imam yang mempunyai pengetahuan asas dalam aspek undang-undang bagi membolehkan mereka menguatkuasakan undang-undang di peringkat mukim atau daerah masing-masing," katanya selepas tamat kursus itu, di sini baru-baru ini.
Enakmen tersebut merangkumi kesalahan menyampaikan doktrin palsu, melakukan perbuatan berlawanan hukum syarak, sumbang mahram, pelacuran, muncikari (bapa ayam), persetubuhan luar nikah, liwat dan musahaqah (lesbian).
Ramly berkata, apabila imam dilantik itu menamatkan kursus berkenaan, jumlahnya akan bertambah dan penguatkuasaan dapat dilakukan dengan lebih berkesan.
"Pada masa ini, secara purata seorang penguat kuasa menjaga 25,000 penduduk di Johor. Selain penguat kuasa agama, ketua kampung dan penghulu juga memiliki kuasa untuk menahan pesalah tetapi jumlah berkenaan masih belum mencukupi," katanya.
Beliau berkata, modul kursus membabitkan imam berkenaan memberi penekanan terhadap aspek undang-undang, proses mahkamah, pendakwaan dan siasatan.
"Imam ini juga memiliki aura tersendiri kerana mereka ialah individu yang disegani. Kita dapati imam sentiasa menjadi tempat rujukan bagi ahli kariah.
"Bagaimanapun, kuasa mereka terhad dan adakalanya masyarakat tidak mengetahui had tugas mereka dan mengeluarkan kenyataan tidak berasas," katanya.
Berbasikal jelajah kampung
RM860,000 naik taraf Tanjung Ketapang
20 peratus warga emas berisiko hidap penyakit kronik
Ibadah korban eratkan ukhuwah
Bantu golongan berpendapatan rendah
500 pekerja asing berhutang RM200,000
Periksa papan iklan jejantas, bangunan
Perhebatkan golongan usahawan
Premis hiburan tanpa lesen di Plaza Kota Tinggi diserbu
Dataran Penggaram bakal dinaik taraf
Sungai Jeram 'terima' 3,000 anak ikan siakap
Pusat Persuratan Melayu Nusantara
Bajet 2015: Beri faedah besar kepada rakyat
Amalan kebersihan bermula di rumah
IPD Kulaijaya tubuh Unit Kereta Peronda Wanita
Waspada ancaman Islam liberal
Tarif air naik sedarkan pengguna supaya berjimat
Empat strategi perangi denggi
Bank Rakyat sumbang van jenazah
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












