saya nak baca ..

KAMPUS


ARKIB : 05/07/2012

300 pelajar IPT terima sumbangan YPRB

ABDUL Azeez Abdul Rahim menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Dewan Masjid Tok Kaya Pulai, Baling, Kedah, semalam.

BALING 4 Julai - Sebanyak 300 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta menerima sumbangan RM200 seorang daripada Yayasan Pembangunan Rakyat Baling (YPRB) di sini hari ini.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sumbangan berkenaan adalah bagi meringankan beban pelajar terbabit untuk melakukan persiapan memasuki IPT masing-masing.

Katanya, ia sebagai tanda keprihatinan pihaknya kepada pelajar dari daerah ini yang akan atau sedang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di IPT tempatan dan luar negara.

"Kita mahu membantu anak-anak dari daerah ini yang memerlukan sumbangan tersebut. Walaupun sedikit jumlahnya, ia boleh meringankan sedikit sebanyak beban mereka," katanya selepas menyerahkan wang bantuan tersebut kepada pelajar terlibat di Dewan Masjid Tok Kaya Pulai dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Baling, Mohd. Khairul Azhar Abdullah dan Ketua Puteri UMNO Baling, Suriati Che Mid.

Abdul Azeez berkata, pemberian wang sumbangan itu juga melibatkan pelajar-pelajar daripada kaum India, Siam dan Cina.

Beliau menambah, pihaknya sentiasa memberi penekanan terhadap bidang pendidikan di daerah ini dan pastinya fokus utama adalah untuk membawa perubahan besar kepada masyarakat di daerah ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan pelajar terbabit supaya tidak terikut dengan rentak protes yang didalangi parti pembangkang bagi menggagalkan usaha kerajaan membawa pembangunan.

Katanya, para pelajar IPT tidak wajar terpengaruh dengan cubaan mana-mana pihak yang mahu mengambil kesempatan mengelirukan mereka.

Abdul Azeez menegaskan, para pelajar perlu menghargai peluang belajar yang disediakan di menara gading dengan belajar bersungguh-sungguh dan menabur bakti kembali kepada masyarakat apabila tamat pengajian kelak.

Mengenai pelajar yang gagal mendapat bantuan hari ini, kata beliau, pihaknya masih membuka peluang kepada mereka untuk memperolehnya sehingga minggu depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.