saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 05/07/2012

Tanah Felda: Pas berdolak-dalik

KOTA BHARU 4 Julai - Kerajaan Pas Kelantan dilihat masih berdolak- dalik berhubung status tanah Felda di negeri ini yang belum dikeluarkan geran dengan alasan mahu menentukan terlebih dahulu sama ada status penyenaraian Felda Global Venture Berhad (FGV) ke Bursa Malaysia sah atau tidak.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, kerajaan negeri telah melantik panel guaman yang akan mengkaji penyenaraian itu jika bertepatan dengan Akta Tanah 1960 atau tidak.

Katanya, panel guaman itu yang telah dilantik sebelum ini masih belum mengeluarkan sebarang pandangan. Justeru itu, status tanah-tanah itu juga tidak akan berubah setakat ini.

“Seluas 2,064 hektar tanah belum dikeluarkan geran, yang ini Exco buat keputusan sehingga pandangan panel guaman sama ada penyenaraian FGV masih bertepatan atau tidak.

“Kalau penyenaraian itu masih bertepatan maka insya-Allah geran itu akan dikeluarkan. Kalau bercanggah, ketetapan lain akan diambil," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Seorang wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan semalam menyifatkan Kerajaan Pas Kelantan angkuh kerana tidak mahu menyelesaikan masalah pemilikan tanah oleh Felda di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, kerajaan negeri juga dilihat cuba mengambil kesempatan daripada permasalahan yang berlaku termasuk membabitkan penyenaraian FGV itu.

Husam pada sidang akhbar itu menafikan dakwaan berkenaan dan menjelaskan setakat ini seluas 22,763 hektar tanah Felda telah dikeluarkan geran.

“Ini saya serahkan nombor-nombor geran hak milik Felda yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri," ujar beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.