saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 06/07/2012

Tindakan Kedah kuat kuasa dasar skim perumahan baru tidak masuk akal - Chor Chee Heung

ALOR SETAR 6 Julai - Tindakan kerajaan Kedah yang didakwa akan menguatkuasakan dasar skim perumahan baru dianggap tidak masuk akal, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berkata, dasar itu adalah antara dua dasar dibuat kerajaan negeri yang dilihat tidak masuk akal kerana tidak membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi negeri.

"Kerajaan negeri menyatakan bahawa skim perumahan di sesetengah tempat iaitu di Sungai Petani dan Kulim hanya dihadkan kepada penduduk Kedah, ia tidak patut diumumkan sebagai dasar perumahan kerana akan merugikan Kedah.

"Jika dasar itu dilaksanakan, ini bermakna rakyat yang berada di Butterworth dan Seberang Perai tidak boleh beli rumah (di Kedah), jika tidak ia pasti dapat membantu meningkatkan ekonomi negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian kerja pemulihan projek perumahan terbengkalai di Taman Sri Derga Fasa III di sini hari ini. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:12
Asar 4:35
Maghrib 7:09
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.