saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 06/07/2012

Perintah Kehadiran Wajib dilaksana

Tun Abang Muhammad Sallahuddin Abang Barieng meletakkan replika kunci sebagai gimik perasmian Kompleks Penjara Puncak Borneo Kuching sambil diperhatikan Abu Seman Yusop (dua dari kanan), Alfred Jabu Numpang (kanan), Zulkifli Omar di Kuching, semalam.

KUCHING 5 Julai - Kerajaan negeri bersetuju untuk membenarkan Jabatan Penjara melaksanakan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) terhadap banduan di negeri ini sebagai sebahagian daripada program pemulihan golongan itu.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan negeri yakin program tersebut mampu menjadi pemangkin kepada usaha pihak berkuasa mencegah jenayah sekali gus mengurangkan kemasukan banduan ke penjara.

"Saya difahamkan bahawa Jabatan Penjara yang dulu sebuah organisasi penahanan kini memainkan peranan sebagai institusi pemulihan menerusi pelan transformasinya.

"Demi keselamatan dan kesejahteraan hidup rakyat, kerajaan negeri akan terus menyokong dan membantu pihak jabatan melaksanakan program pemulihan supaya apabila dibebaskan, golongan banduan ini mampu berbakti kepada keluarga, negara dan bangsa," katanya.

Beliau berucap pada majlis perasmian Kompleks Penjara Puncak Borneo Kuching yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abang Muhammad Sallahuddin Abang Barieng dekat sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop dan Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar.

Dalam pada itu, Jabu berkata, selain kerajaan negeri, beliau berharap masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut memainkan peranan menyokong segala program pemulihan yang dilaksanakan Jabatan Penjara.

"Program pemulihan yang dilaksanakan ini bukanlah bermaksud memberi layanan istimewa kepada pesalah. Sebaliknya, usaha murni ini adalah untuk mengajar golongan tersebut erti keinsafan supaya mereka tidak kembali menyusahkan masyarakat," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.