saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/07/2012

Turki berjaya dalam pembangunan khidmat sosial, wakaf

TIMBALAN Pengarah Hospital Universiti Fatih, Dr. Ahmed Ruhi memberi penerangan mengenai operasi hospital itu yang ditubuhkan melalui wakaf masyarakat kepada rombongan Yayasan Iqra' diketuai oleh Idris Jusoh di Istanbul, semalam.

ISTANBUL 6 Julai - Turki, yang kini antara ekonomi terbesar di Eropah selepas Jerman, berjaya dalam pembangunannya atas budaya khidmat sosial dan wakaf.

Setiausaha Agung Persatuan Dialog Turki-Malaysia, Kursat Ciftci berkata, semangat itu diturunkan sejak zaman Othmaniah kira-kira 700 tahun dulu serta menerusi pembawakan tradisi Sufi.

"Itulah yang kami terapkan sehingga sekarang. Golongan kami dari atas sampai bawah bergerak atas semangat Hizmet atau khidmat dan kesukarelawan.

"Asas itu diterapkan bermula dari kecil lagi. Kami diajar mengenai sikap tolong menolong, berakhlak tinggi dan memberi," katanya yang turut mengikuti rombongan Yayasan Iqra' Malaysia yang dalam lawatan sambil belajar mengenai institusi wakaf oleh Pergerakan Hizmet di sini hari ini.

Rombongan Yayasan Iqra' diketuai oleh ahli lembaga amanahnya, Datuk Seri Idris Jusoh. Turut hadir ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Hizmet ialah sebuah pergerakan sosial bukan politik yang terlibat mempromosi jalinan hubungan mesra antara masyarakat, ekonomi, kebudayaan dan agama.

Diasaskan sejak 1970-an oleh sarjana Islam terkemuka Turki, Fethullah Gulen, Hizmet kini dianggotai berjuta rakyat negara ini dalam kerja-kerja sosial.

Kini satu daripada tiga penduduk bandar raya Istanbul ini menganggotai Hizmet. Istanbul dihuni oleh 25 juta penduduk.

Anggota-anggota Hizmet turut mengasaskan beberapa buah yayasan longgar yang mewujudkan institusi madrasah, pendidikan sekular, kesihatan dan juga yayasan antara-budaya, kepercayaan dan persefahaman.

Yayasan Kewartawanan dan Penulis Turki, misalnya diasaskan secara sukarela melalui dana wakaf, untuk menjalinkan hubungan antara-etnik, antara-bangsa.

Puluhan siri forum telah dilaksanakan, termasuk hubungan etnik Kurdis-Turki; Palestin-Israel; serta pernah menganjurkan majlis berbuka puasa (iftar) antara Islam, Yahudi dan agama yang lain sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Kursat, inilah yang dilakukan di Turki dan berasaskan semangat inilah ia berjaya.

"Apa yang penting ia tiada kaitan dengan ideologi politik atau agama yang ekstrem, tapi berasaskan soal moraliti, tolong menolong dan hormat menghormati," katanya.

Sementara itu, Idris berkata, Yayasan Iqra' melalui konsep Wakaf Korporatnya cuba untuk mengasaskan semangat yang sama, tapi berasaskan acuan Malaysia.

"Itulah yang saya maksudkan dengan agenda sektor ketiga. Iaitu selepas sektor kerajaan dan swasta, sektor kesukarelawan dan wakaf merupakan sektor yang terpenting.

"Ia bukan saja membabitkan kemaslahatan ekonomi, tapi juga membabitkan soal sosial dan keharmonian hidup, terutamanya dalam konteks Malaysia," katanya.

Idris berkata, tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk mempelajari bagaimana pergerakan Hizmet berjaya membangunkan rakyat menerusi semangat kesukarelaan dan wakaf.

Dalam masa 12 tahun, ahli-ahli Hizmet ini berjaya mewujudkan 1,000 buah sekolah di Turki, bekas tanah jajahan Soviet sehingga ke Amerika Syarikat. Pergerakan ini juga merancang membuka sebuah sekolah di Kuala Lumpur.

Sekolah-sekolah, kolej dan universiti ini telah melahirkan lulusan yang berjaya dan kemudian menyumbang semula kepada masyarakat.

Idris yang juga Pengerusi MARA ialah penggerak organisasi sukarela dikenali sebagai wakaf korporat.

Turut hadir dalam rombongan itu ialah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Datuk Halipah Esa, Pengurus Besar Hubungan Strategik, Bank Islam Malaysia Berhad, Datuk Wan Ismail Wan Yusoh, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Affin Bank, Datuk Nik Mohd. Amin Majid, bekas Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Ahmad Farid Omar serta ahli-ahli perniagaan.

Hadir sama dalam lawatan sambil belajar itu ialah Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Putra, Terengganu, Abdullah Abdul Rahman. MRSM ini adalah salah sebuah daripada tiga yang melahirkan pelajar tahfiz dan sains melalui konsep Ulul Albab atau insan beriman, berilmu dan berfikir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.