saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/07/2012

Aisha juara Bintang RTM 2012

Aisha Masnamimi Safia (tengah), Fitri Hakim Omar Walid (kiri) dan Mohd. Hafsyam Noordin bersama hadiah masing-masing selepas menjuarai pertandingan akhir Bintang RTM 2012 di Auditorium Angkasapuri, Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR 8 Julai - Aisha Masnamimi Safia, 23, muncul juara Bintang RTM 2012 yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Angkasapuri, di sini malam ini.

Menerusi kemenangan itu peserta dari Kuantan, Pahang itu berjaya membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah kereta Chery Tiggo bernilai RM79,000.

Tempat kedua menjadi milik Fitri Hakim Omar Walid yang mendendangkan lagu Cinta Bukan Pelangi dan Bila Resah dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000.

Tempat ketiga pula diraih oleh Mohd. Hafsyam Noordin, 25, yang membawa pulang wang tunai RM5,000.

Sementara itu, Aisha turut dipilih sebagai pemenang kategori Bintang Paling Popular berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat dan menerima wang tunai RM5,000.

Persembahan terbaik jatuh kepada Christine Chua Yea En, 16, dari Sarawak.

Persembahan keenam-enam peserta dinilai oleh juri profesional diketuai oleh Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail.

Hadiah disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan isterinya, Datin Seri Masnah Rais.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:01
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.