saya nak baca ..

PEMOTORAN


ARKIB : 09/07/2012

Toyota Camry berwajah sporty

BAHAGIAN belakang Toyota Camry mempamerkan kekuatan dan keluasan.

PERTAMA kali melihat reka bentuk terbaru Toyota Camry, ia pantas memberi persepsi bahawa Toyota berusaha mendekatkan kereta eksekutif saiz pertengahan ini kepada pelanggan berusia bawah 40 tahun.

Reka bentuk keseluruhannya tebal dengan elemen sporty yang jelas diperlihatkan pada skirting sekeliling. Ia berbeza dengan model sebelum ini, yang dilihat mirip kepada Lexus GS dan kini, kembali kepada elemen asal yang mirip pada model Toyota Corolla Altis.

Evolusi reka bentuk Camry tidak pernah menghampakan kerana yang terbaru ini, tentunya akan menjauhkan persepsi segelintir terhadap Camry bahawa ia 'kereta pakcik-pakcik'. Sebaliknya kini, elemen sport padanya menjamin pembeli bawah 40 tahun untuk memilikinya.

Menurut Toyota, pasukan reka bentuk mengguna pakai tema 'Dinamisme Teknologi Rasional' iaitu menggabungkan cita rasa pelanggan dan mengkaji balik maklum balas pelanggan, maka terhasil rekaan itu.

Bahagian depan, jeriji depan mungkin sama seperti model sebelum ini tetapi ia telah melalui proses rekaan semula bagi memberi penampilan unggul. Lampu depan dan jeriji memberi pandangan keluasan kereta. But juga kembang sekaligus menampakkan tinggi kereta dengan fender menggambarkan imej teguh dan mantap.

Seiring dengan trend masa kini, Camry baru juga dilengkapi dengan lampu siang hari di bawah lampu kabus pada bamper.

Di bahagian belakang kabin, ia telah dikembangkan menuju ke bahagian depan, memberi gambaran badannya sedang bergerak walaupun ketika ia tidak dipandu.

Ruang kabinnya pula mengekalkan ciri-ciri anggun dengan penekanan kepada memberi ruang yang lebih bagi pemandu dan penumpang belakang. Misalnya, pedal minyak dan kerusi depan telah diinjak ke depan dan kedudukan kerusi belakang ditolak ke belakang lagi, dengan jarak antara satu sama lain sebanyak 15 milimeter.

Panel meter menggunakan MID (Multi-Information Display) yang antara lain memberi petunjuk ECO iaitu semasa enjin berjalan secara cekap.

Daripada segi pemanduan, ciri jelas ialah teknologi kemudi roda iaitu EPS atau Electric Power Steering. Semasa pandu uji di Litar F1 Sepang, kemudi roda Camry baru ini 'mendakap' permukaan jalan semasa di selekoh tajam, selain semasa melakukan slalom. Teknologi elektrik EPS ini menggunakan tenaga semasa bantuan kuasa diperlukan, maka itu ia menjimatkan tenaga. Ia menghapuskan keperluan pam hidraulik, sekali gus mengurangkan kos servis dan juga manfaat kepada alam sekitar.

Camry baru ini ditawarkan dalam dua varian enjin iaitu 2.5 liter 2AR-FE dan 2.0 liter 1AZ-FE yang menggunakan enjin canggih aluminium 4-silinder DOHC 16 injap dengan VVT-i.

Enjin 1AZ-FE adalah versi yang dipertingkatkan daripada enjin yang diguna pada model Camry sebelum ini manakala 2AR-FE adalah enjin serba baru dengan VVT-i berkembar yang lebih maju dengan ACIS (Sistem Induksi Kawalan Akustik) kerana ia mengoptimumkan bukan sahaja pada injap kemasukan tetapi juga injap ekzos.

ACIS mengoptimumkan penyerapan udara mengikut kelajuan enjin, meningkatkan kecekapan dan menambah kuasa kilas ke seluruh kekuatan tahap enjin. Ia meningkatkan prestasi enjin dengan ketara dan pada masa sama, memberi penjimatan bahan api serta mengurangkan pelepasan asap.

Daripada segi kekuatan enjin, kedua-duanya disifatkan terbaik dalam kelas masing-masing. Bagi enjin 2AR-FE ia menawarkan output 133kW atau 181 ps pada 6,000 rpm dengan kuasa kilas 231Nm pada 4,100 rpm.

Enjin 1AZ-FE pada varian 2.0 liter menawarkan kuasa output 109kW atau 148ps pada 6,000 rpm dan kuasa kilas 190Nm pada 4,000 rpm.

Camry 2.5V baru ini juga dilengkapi transmisi automatik baru Super ECT enam kelajuan manakala 2.0E dan 2.0G dipasang dengan transmisi automatik Super ECT empat kelajuan.

Model Camry serba baru ini ditawarkan dalam empat warna iaitu White Pearl CS (tiada pada 2.0E), Medium Silver Metallic, Silver Metallic dan Attitude Black.

Harga atas jalannya ialah Toyota Camry mengikut varian ialah 2.0E ialah RM149,9000; 2.0G (RM157,900) dan 2.5V (RM190,900).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.