saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/07/2012

Rindu satukan Ella, Azhar

USIA bukan penghalang pasangan ini untuk menolak cinta yang hadir. Hubungan berusia 9 tahun akhirnya ke pelamin.

MEMBUKA pintu hati untuk menerima seorang lelaki di dalam hidup ketika berumur 46 tahun, ia satu definasi baru dalam episod hidup wanita ini.

Malah penyatuan ini bukan sahaja mengakhiri penantian panjangnya, tetapi juga menjawab segala teka-teki yang sering bermain di benak peminat setia penyanyi yang terkenal semenjak era penghujung 1980-an ini.

Jika saban tahun dia terpaksa berhadapan dengan soalan yang sama, bermula 7 Julai 2012, Ella kini sah menjadi isteri kepada seorang juruterbang Syarikat Penerbangan Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 30.

Mula berkenalan sejak 9 tahun lalu, dan rapat kembali hujung tahun lepas, Azhar akhirnya berjaya menyakinkan Norzila Aminuddin untuk tidak mengambil masa yang lama membuat keputusan berkahwin.

Ternyata kehadiran Azhar ke dalam hidup Ratu Rock Negara ini bukan sahaja sebagai seorang suami tetapi juga rakan yang akan sentiasa menyokong karier seni isterinya yang sudah berusia 27 tahun.

Berkongsi kegembiraanya, Ella memberitahu dia sangat bersyukur dengan penyatuan ini setelah sekian lama berkenalan.

"Saya sangat bersyukur, semuanya telah selamat. Dan saya kini isteri kepada suami saya (Azhar)," katanya berkongsi bahagia dengan wartawan selepas selesai majlis akad nikah yang dilangsungkan di rumah ibunya di Telok Gadong, Klang, Selangor.

Ditanya mengapa mereka berdua mengambil masa yang lama untuk berkahwin walaupun sudah saling mengenali hampir 9 tahun yang lalu, sebagai hamba Alla, Ella percaya kuasanya cukup terhad untuk bercakap soal jodoh.

"Janji saya kini adalah untuk menjadi seorang isteri yang baik untuk suami saya," katanya.

Menurut Ella pernikahannya kini sudah menjawab semua persoalan yang pernah mengejar dirinya sebelum ini.

"Sebelum ini saya sering ditanya perkara yang sama, berulang-ulang. Dan hari ini semua persoalan terjawab, dan pernikahan ini membolehkan saya memperkenalkan suami kepada anda semua," katanya gembira.

Berkongsi sejarah percintaan mereka yang langsung tidak diketahui umum sebelum ini, menurut Ella perasaan rindu sentiasa menyebabkan mereka saling merasai kehangatan cinta yang telah wujud sekian lama.

"Kami tidak pernah berpisah, cuma berjauhan seketika. Perasaan rindu menyebabkan kami kembali bersama, kami pernah merancang untuk bertunang sebelum ini namun itu hanya rancangan. Hari ini kami disatukan terus," jelasnya.

Sedang si ratu berdebar menerima kehadiran pemimpin di dalam hidupnya, majlis yang diatur rapi itu tiba-tiba diuji dengan ketiadaan elektrik.

Walaupun majlis terpaksa ditangguhkan hampir dua jam Ella memberitahu dia berada di dalam keadaan baik sepanjang menunggu elektrik di rumah ibunya itu kembali pulih.

"Tidak ada rasa apa-apa. Semuanya normal, benda yang terjadi secara tidak sengaja," katanya tenang.

Ditanya destinasi bulan madu pasangan ini, bagi Ella dia dan suaminya mahu merahsiakan dahulu perancangan bahagia itu. Malah pasangan ini juga akan kembali bekerja dalam waktu terdekat.

Lamar depan ibu

Menikahi seorang wanita yang dicintai sejak 9 tahun lalu, menjadi momen penting buat kehidupan lelaki bernama Azhar. Bagaimanapun sebagai suami kepada seorang penyanyi terkenal, dia tahu tugasnya bukan mudah kerana isterinya juga merupakan tumpuan masyarakat dek status penyanyi terkenal.

"Saya tidak akan halang untuk dia terus menyanyi. Cuma akan ada batasnya, berpada-pada," katanya mudah.

Percaya keikhlasan berjaya membuka pintu wanita pilihannya ini, Azhar memberitahu dia "melamar" Ella pada Febuari lalu di hadapan ibu Ella sendiri, Yang Asmah Yong, 85. Malah menurut Azhar perancangan untuk bernikah mengambil masa kurang dari enam bulan.

"Kami sendiri tidak menyangka kami akan berkahwin secepat ini, kami hanya mengambil masa kurang dari enam bulan. Namun kami percaya benda yang baik akan di permudahkan," katanya ringkas.

Bagi Azhar keistimewaan yang ada pada wanita ini sukar digambarkan. Namun dia percaya keserasian yang dimiliki mereka berdua berjaya menamatkan penantian sekian lama ini.

"Selain keserasian yang terjalin di dalam kehidupan seharian kami, Ella juga seorang yang sangat mengambil berat mengenai diri saya.

"Kami berdua percaya penyatuan ini juga merupakan anugerah dari Yang Maha Esa," katanya.

Dicuit soalan mengenai cahaya mata, kedua pasangan ini tidak mempunyai masalah untuk menerima penyeri keluarga secepat mungkin.

"Kami serahkan kepada kuasa Allah. Namun kami berdua akan mencuba, Insya-Allah," katanya.

Menyingkap kembali pertemuan kali pertama pasangan pengantin baru ini, menurut Azhar dia bertemu kali pertama dengan isterinya ketika menjalankan tugas di Kota Kinabalu Sabah.

"Kali pertama bertemu ketika itu di Kota Kinabalu. Sewaktu itu saya sedang bertugas di sana, bagaimanapun mengapa Ella juga berada di sana, biarlah rahsia," katanya berseloroh.

Dugaan ketiadaan elektrik hampir dua jam melihatkan pasangan ini terpaksa meneruskan majlis mereka tanpa bertunang, menurut Azhar dia tidak melihat itu sebagai suatu masalah kerana percaya majlis pernikahan adalah lebih penting dari bertunang.

"Saya percaya majlis pernikahan lebih penting. Jadi rasanya tidak ada masalah untuk meneruskan apa yang penting dahulu," katanya.

Isteri tetap isteri

Bertemu ayah kepada pengantin lelaki Ghazali Ismail,65, menurut bapa mertua Ratu Rock Negara ini dia tidak mempunyai masalah dengan pilihan anaknya ini. Bagi Ghazali semua ketentuan jodoh ini diterimanya dengan hati terbuka.

"Saya sudah mengetahui hubungan mereka sejak dahulu, malah saya sendiri mengenali Ella sebagai penyanyi. Bagaimanapun, soal perkahwinan ini diberitahu Azhar hanya beberapa bulan lepas,"katanya.

Ditanya soal usia yang agak berbeza, bagi Ghazali itu bukan perkara besar ini kerana kedua mereka saling menerima seadanya.

"Itu jodoh mereka. Tidak ada masalah untuk saya melihat mereka disatukan," katanya ringkas.

Memberi nasihat kepada anak ketiganya ini, menurut Ghazali dia berharap agar Azhar dapat menjadi seorang suami yang bertanggungjawab.

"Tidak kiralah siapa juga isterinya namun tanggungjawab seorang suami haruslah dilaksanakan.

"Saya berharap agar kedua mereka cukup matang menerima segala dugaan mendatang di dalam hubungan suami isteri," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.