saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/07/2012

Cabaran Nasir, MPO

DATUK M. Nasir antara penyanyi senior dalam dunia muzik tempatan kerana pembabitannya sejak 35 tahun lalu. Kerana status itulah ia menjadi antara tiket untuknya mempersembahkan sebuah konsert di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Julai ini pukul 8.30 malam.

Tambah mengangkat prestij apabila konsert sulung penyanyi berusia 55 tahun itu bakal diiringi oleh alunan muzik Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) yang ditubuhkan pada tahun 1998. MPO yang diterajui Konduktor Bersekutunya, Kevin Field membariskan hampir 100 orang pemuzik berpengalaman.

Malah penyanyi dan komposer kelahiran Singapura itu berasa teruja kerana dia merupakan penyanyi solo tempatan ketiga selepas Tan Sri S.M. Salim dan Datuk Sheila Majid yang masing-masing pernah mengadakan konsert di DFP pada 2001 dan 2010 dalam masa 14 tahun.

"Saya memang sudah lama nantikan saat ini (mengadakan konsert di DFP). Apatah lagi buat konsert untuk peminat sambil diiringi MPO. Ia memang cita-cita ramai penyanyi untuk mendapat peluang seperti ini. Buat masa ini, saya ambil sikap tengok macam mana konsert itu nanti. Macam-macam boleh jadi.

"Begitu juga dengan bagaimana keadaan muzik yang saya hasilkan selama ini dengan iringan MPO. Muzik itu nanti digubah dalam bentuk orkestra tetapi ala-ala Malaysia. Saya pun belum pasti macam mana bunyinya nanti," katanya kepada para wartawan di Kuala Lumpur sempena konsertnya itu baru-baru ini.

Pada konsert anjuran DFP yang mengenakan tiket RM98 hingga RM358 itu, Nasir akan menyanyikan lebih 20 lagu popularnya termasuklah secara medley. Ternyata pemegang diploma Seni Lukis dari Nanyang Academy of Fine Arts, Singapura itu menyahut cabaran terbaru dalam kerjayanya dalam bidang muzik.

Jelas Nasir, MPO yang sebelum itu pernah mengadakan banyak persembahan di luar negara seperti Australia, Jepun, Korea, Taiwan, China dan Singapura bakal mempersembahkan lagu-lagunya dalam susunan dan nafas yang berbeza.

"Mengadakan konsert dengan MPO. Itulah cabarannya. Saya mahu bunyi MPO tetapi disesuaikan dengan muzik asal lagu-lagu saya. Yang pasti tetap ada unsur kemelayuan seperti penggunaan instrument seperti gendang dan seruling. Sebelum ini saya pernah buat konsert dengan orkestra tetapi kali ini berbeza.

"Saya mahu cuba yang baru. Tetapi kalau peminat tidak suka, saya akan buat juga. Inilah cabaran yang saya sengaja ambil. Saya pernah menonton konsert S.M. Salim dengan MPO 11 tahun lalu di DFP. Sedikit sebanyak ilham datang dari situ. Saya sudah buat banyak konsert dan ini sesuatu yang baru," ujarnya.

Antara lagu yang akan dipersembahkan pada konsert itu berjudul Kias Fansuri, Sahabat Gua, Apokalips, Juwita, Ghazal Untuk Rabiah, Andalusia, Bonda, Kepadamu Kekasih, Sentuhan Listrikmu, Ada, Di Balik Cermin Mimpi, Hati Emas, Keroncong Untuk Ana, Mentera Semerah Padi, Mustika, Raikan Cinta dan Suatu Masa.

Biarpun hanya memulakan sesi latihan dengan MPO tidak sampai 10 hari sebelum konsert itu berlangsung namun seolah-olah tiada kerisauan terpampang di wajahnya.

"Para pemuzik MPO profesional. Tidak perlu persiapan yang lama. Mereka ada cara sendiri. Mungkin dalam minggu ini baru saya akan menjalani latihan dengan mereka. Saya pula tidak mensasarkan golongan tertentu walaupun konsert ini diiringi oleh para pemuzik orkestra yang berasal dari Barat. Sesiapa pun boleh datang.

"Tidak semestinya peminat Melayu tetapi sesiapa juga yang suka muzik saya boleh tengok konsert ini. Walaupun lagu-lagu saya rentak Melayu tetapi instrumen yang digunakan bertali dan semua itu bukannya dari sini. Semua itu dari Barat.

"Cuma ada sedikit perbezaan daripada segi bunyi atau tone bunyi yang dikeluarkan. Ini pengalaman baru saya dan peminat. Apatah lagi apabila ada instrumen seperti gendang dan seruling ia akan bawa perbezaan. Kalau tidak ada pun ia akan menjadi menarik kalau digubah dengan baik," jelasnya.

Apa yang penting katanya, konsert dua malam itu kelak mampu memberi pengalaman berbeza ke atas lagu-lagu yang akan dipersembahkannya.

"Semua lagu saya yang pilih sendiri. Kebanyakannya adalah lagu-lagu lama saya. Apa yang ketara setiap lagu itu ada identiti M. Nasir. Kalau ada peluang saya juga mahu mengadakan konsert dalam konsep yang sama di Singapura pada masa akan datang.

"Saya memang suka dengan muzik orkestra walaupun ia bukan sesuatu yang baru. Cuma orkestra baru di sini sahaja," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.