saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/07/2012

Fuad berbaloi ambil cuti

JUARA KIlauan Emas 2, Fuad diapit oleh Jumat (kanan) dan Azri pada final pertandingan itu baru-baru ini.

UNTUK menyertai program realiti televisyen berbentuk nyanyian seperti Kilauan Emas musim kedua (Kilauan Emas 2) bukan setakat memerlukan bakat menyanyi.

Malah para pesertanya juga perlu memberikan komitmen yang padu agar penyertaan mereka dapat melancarkan lagi perjalanan pertandingan yang ditaja oleh pembersih dan pelekat gigi palsu Polident itu.

Juara Kilauan Emas 2, Ahmad Fuad Zaharullail atau Fuad, 45, misalnya sanggup mengambil cuti tahunan selama hampir dua minggu selepas dia layak bersaing hingga ke akhir pertandingan anjuran Astro Prima tersebut.

“Selama dua minggu kami peserta akhir finalis Kilauan Emas 2 dikuarantin di sebuah tempat semata-mata untuk menjayakan pertandingan ini. Untuk persediaan akhir ini, saya telah mengambil cuti tahun selama hampir dua minggu.

“Setakat ini cuti tahunan saya tinggal dua hari saja lagi. Sebagai pekerja swasta cuti tahunan saya bukannya banyak sangat.

“Bagaimanapun, saya rasa berbaloi kerana cuti tahunan yang saya korbankan itu apabila saya berjaya menjadi juara Kilauan Emas 2," katanya pada sidang akhbar selepas berakhirnya pertandingan itu yang disiarkan menerusi Astro Prima dari Dewan Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pada pertandingan akhir itu, Fuad menyanyikan lagu Syair Laila Majnun secara solo manakala dalam lagu Mat Disko pula dia berduet bersama juara Akademi Fantasia musim kedua, Zahid.

Kilauan Emas menyaksikan Fuad membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi, tempat kedua dimenangi oleh Nor Azri Zainuddin, 43, dengan meraih wang tunai RM25,000 dan trofi manakala tempat ketiga pula jatuh kepada Jumat Ramlee, 48, yang mendapat wang tunai RM15,000 serta trofi.

Merawat mata

Fuad mendapat markah tertinggi hasil kombinasi 50 markah para juri dan 50 peratus lagi daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) para penonton sebanyak 47.55 peratus, Azri (44.81 peratus), Jumat (42.77 peratus), Mohd. Fadzil Borhan, 45, (37.4 peratus), Salanan Saleh, 47, (36 peratus dan Muhammad Norjulaini Kalil, 43, (33.36 Peratus).

Selain Fuad, naib juara Kilauan Emas 2, Azri lebih rasa berbaloi menyertai pertandingan nyanyian yang khusus buat peserta yang berusia 40 tahun dan ke atas itu. Ini kerana selain meraih tempat kedua, Azri juga diangkat sebagai pemenang kategori Anugerah Khas Polident dan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Dengan kemenangan itu, secara keseluruhannya Azri membolot wang tunai RM30,000. Jelas Azri, dia bersyukur kerana dengan wang kemenangan itu akan digunakan bagi merawat masalah mata yang sedang dihadapinya ketika ini.

“Saya akan gunakan duit kemenangan ini bagi merawat mata saya yang tidak berapa jelas tahap penglihatannya kerana anak mata saya bermasalah. Saya masuk pertandingan ini sebab perlukan duit untuk rawatan perubatan mata saya.

“Alhamdulillah saya menang walaupun mendapat tempat kedua. Kos untuk rawatan sebelah mata saya dianggarkan mencecah RM15,000. Dengan adanya duit kemenangan itu, maka dapatlah saya mengubati masalah mata saya ini. Pembedahan itu akan dijalankan dalam waktu terdekat ini," ujarnya.

Pada pentas akhir Kilauan Emas 2, Azri menyanyikan lagu Duniaku secara solo manakala dalam lagu Oh Di Mana Mustika Hati dia berduet bersama Jaclyn Victor.

Sementara itu, pemenang tempat ketiga Jumat pula akur dengan keputusan para juri dan para penonton di rumah.

“Saya mahu ucapkan terima kasih atas sokongan para peminat saya terutamanya di Sabah yang banyak menghantar SMS menyokong saya.

“Begitu juga dengan penyokong saya di Semenanjung Malaysia. Tetapi apakan daya saya hanya mampu menang di tempat ketiga sahaja," komen peserta berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu.

Ekoran sambutan para penonton yang amat menggalakkan itu, Astro merancang untuk menyambung Kilauan Emas untuk musim yang ketiga pada tahun depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.