saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 11/07/2012

Lagi pendedahan Tee Yong

KUALA LUMPUR 10 Julai - MCA hari ini mendedahkan satu lagi perjanjian kontroversi melibatkan kerajaan negeri Selangor dan Talam Corporation Bhd. yang melibatkan empat plot tanah seluas 53.7 hektar di Danau Putra, Sepang melibatkan transaksi berjumlah RM87.7 juta (RM15 sekaki).

Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong berkata, isu yang timbul dalam transaksi tersebut ialah sebahagian besar empat plot tanah yang dibeli oleh kerajaan negeri Selangor dari syarikat Talam berada adalah bekas lombong.

Katanya, kerajaan Selangor bersetuju untuk membeli empat plot tanah itu daripada syarikat Talam pada 12 Mac 2010.

Beliau berkata, bagi plot A keluasan tanah yang dibeli ialah 11.23 hektar pada harga RM18.3 juta tetapi dua pertiga daripadanya berada di dalam air.

"Bagi plot B luas tanahnya ialah 26.54 hektar dan ia dibeli dengan harga RM43.3 juta tetapi malangnya kesemua tanah tersebut juga berada di dalam air.

"Untuk plot C dan D yang seluas 16 hektar kerajaan Selangor telah membelinya dengan harga RM26 juta dan separuh daripada keluasan tanah ini berada di dalam air," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat MCA di sini hari ini.

Tee Yong berkata, merujuk kepada lampiran yang disediakan, pengiraan yang telah dibuat menunjukkan 80 peratus daripada tanah itu berada di dalam bawah air (42 hektar daripada 53.7 hektar).

Justeru beliau berkata, berdasarkan kepada anggaran semasa, kos untuk menimbus tanah bagi memulakan sebarang projek pembangunan di kawasan berkenaan ialah lebih RM50 juta.

Seperkara lagi beliau berkata, pada 20 Ogos 2010, satu iklan lelongan awam telah diterbitkan di akhbar The New Straits Times untuk melelong tanah di Plot B yang 26.54 hektar dan keseluruhannya berada di dalam air.

Lelongan awam tersebut kata Tee Yong, telah diadakan di Bilik Lelong, Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 September 2010.

"Harga simpanan (iaitu harga minimum untuk lelong itu disempurnakan) bagi penjualan tanah itu ditetapkan adalah pada RM15 juta (RM5.20 sekaki).

"Tanah plot B itu kemudian telah dapat dilelong dengan harga RM15 juta (RM5.20 sekaki) pada September 2010 oleh Bangkok Bank Berhad, berbanding dengan harga belian yang bernilai RM43.3 juta," katanya.

Beliau berkata, kerajaan Selangor telah membayar sebanyak RM28 juta (RM43 juta ditolak dengan RM15 juta) atau 286 peratus melebihi harga simpanan lelong untuk tanah dalam air itu.

Ekoran kontroversi di dalam pembelian itu Tee Yong telah melontarkan beberapa persoalan iaitu mengapa kerajaan Selangor membeli tanah yang 80 peratus berada di bawah air dan memerlukan lebih RM50 juta untuk kerja-kerja menimbus sebelum sebarang projek pembangunan boleh dilancarkan.

"Mengapa tanah yang telah dilelong itu iaitu tanah di plot B telah menjadi satu perkara yang dibawa ke mahkamah?

"Mengapa harga belian tanah plot B lebih tinggi 286 peratus dari harga lelong? Harga belian adalah RM43.3 juta dan harga lelong hanya RM15 juta. Perbezaannya adalah sebanyak RM28.3 juta," soalnya.

Menurutnya, semua pihak tahu bahawa tanah plot A, C dan D terletak berhampiran Plot B.

"Andaikan bahawa kesemua empat plot tanah ini (53.7 hektar) itu dinilai pada harga RM5.20 sekaki (berdasarkan kepada harga lelong), maka soalan yang hendak ditanya ialah adakah Kerajaan Selangor telah terlebih bayar sebanyak RM57 juta," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:04
Asar 4:27
Maghrib 7:01
Isyak 8:15



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.