saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 11/07/2012

Khalid kena jawab isu Talam kepada rakyat

KREDIBILITI kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tercalar apabila Datuk Chua Tee Yong, Ketua Biro Muda Profesional MCA mendakwa wujud penyelewengan bernilai hampir RM1 bilion membabitkan RM392 juta bagi menyelesaikan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) dan pembelian 'penuh tanda tanya' ke atas aset Talam berjumlah RM676 juta.

Tee Yong turut mendedahkan Kerajaan Negeri Selangor membeli tanah pajakan milik Talam dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran dan keadaan tanah tersebut mempunyai komplikasi tanah iaitu berada di bawah air dan kawasan simpanan hutan.

Dalam satu sidang media, Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd Zin Mohamed turut membangkitkan persoalan dan menuntut laporan terperinci pembelian aset dan transaksi tanah tersebut. Ini termasuklah harga pembelian, asas pembelian dan status tanah. Juga yang dibangkitkan ialah status agensi kerajaan negeri, adakah sudah atau belum menerima pembayaran hutang. Jika pihak Universiti Selangor (Unisel) sudah menerima pembayaran hutang, maka isu penjualan aset Unisel tidak timbul lagi.

Isu Kerajaan Selangor dan Talam menimbulkan keresahan pihak awam, apabila rakyat mempersoalkan mengapa Talam yang menjadi pilihan Kerajaan Negeri Selangor. Apabila DAP-PKR-Pas mengambil alih Kerajaan Negeri Selangor, mereka telah membuat keputusan pada 2009 untuk mengambil alih hutang Talam kepada subsidiari Kerajaan Negeri iaitu Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), Pendidikan Industri Yayasan Selangor Sdn. Bhd. (PIYSB) dan Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Rakyat mula mempersoalkan apakah rasional Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) meminjam RM392 juta untuk mengambil alih hutang? Bukankah jumlah tersebut sewajarnya diperuntukkan kepada manfaat lain berbanding untuk menyelamatkan (bailout) Talam? Menyelamatkan sebuah syarikat adalah perkara yang kerap kali dikritik oleh pemimpin PKR-Pas-DAP terhadap penyelamatan Indah Water, MAS dan Transit Aliran Ringan (Putra/ Star)? Siapakah sebenarnya yang mendapat manfaat daripada penstrukturan ini. Adakah pembelian hutang merupakan keutamaan kerajaan negeri berbanding perkara-perkara lain?

Umumnya mengetahui Talam menerusi subsidiari milik penuhnya, Maxisegar Sdn Bhd (MSSB) telah menandatangani kontrak dengan Kerajaan Selangor untuk membiayai dan membina semula kampus utama UNISEL di tanah seluas 572.16 ekar di Bestari Jaya dengan kos keseluruhan pembangunan sebanyak RM750 juta. Namun MSSB gagal menyudahkan bahagian akhir projek Unisel kerana tidak dapat memenuhi syarat kewangan untuk menampung kos pembangunan berjumlah sekitar RM134 juta (Laporan Tahunan Talam 2009).

Talam juga syarikat berstatus PN17, dilabel mempunyai masalah kewangan. Pada tahun 2010 mereka mahu mengurangkan hutang daripada RM3 bilion kepada RM300 juta dan mahu mengurangkan 3,000 ekar tanah daripada jumlah penuh 7,000 ekar.

Kerajaan Selangor melalui apa yang mereka sebut round tipping mengambil alih hutang ini melalui subsidiari mereka. Syarikat Perindustrian Selangor (SIC) menjadi entiti khas membayar hutang Talam kepada kerajaan negeri. SIC membuat pinjaman sebanyak RM392 juta daripada CIMB dan menjual hutang kepada MBI, badan pelaburan kerajaan negeri.

Oleh kerana Bajet 2009 Selangor tidak memperuntukkan jumlah RM392 juta, mesyuarat Exco Selangor pada 2 November 2009 telah meluluskan geran daripada kerajaan negeri kepada MBI untuk membeli hutang SIC.

Rakyat merasa sangat terkejut apabila Khalid memutuskan untuk menyaman MCA terhadap dakwaan penyelewengan RM1 bilion dan beliau tidak akan membuat apa-apa ulasan demi tidak mengganggu proses perundangan. Tentunya rakyat menilai tindakan ini sebagai usaha untuk menutup mulut pelbagai pihak daripada terus mempersoalkan dakwaan tersebut.

Keadaan ini juga menggambarkan sikap kerajaan yang 'cakap tak serupa bikin' yang sering melaungkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang diamalkan ke atas pentadbiran mereka.

Apakah sebenarnya kemahuan rakyat? Jika satu pihak membuat dakwaan, maka satu pihak lagi perlu menjawab dan memperjelaskannya. Kerajaan negeri sepatutnya menjawab setiap persoalan membabitkan dakwaan itu, bukannya mengambil tindakan saman yang seolah-olah tidak mahu ada pihak mempersoalkan tindakan tersebut.

Jika kerajaan negeri mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban, mereka sepatutnya mendedahkan butiran terperinci mengenai transaksi pengambil alihan hutang dan aset syarikat tersebut sebagai menjawab segala dakwaan serta persoalan yang dilemparkan mengenai isu tersebut kepada rakyat negeri ini.

Isu ini bukan soal peribadi antara pemimpin dengan pemimpin. Ia adalah isu yang memerlukan jawapan daripada pemimpin tertinggi kerajaan negeri kepada rakyat. Rakyat menunggu jawapan dari kerajaan negeri terhadap dakwaan tersebut. Jika kerajaan negeri merasakan dakwaan itu tidak benar, kenapa mereka harus takut, dedahkan sahaja butiran mengenai perkara itu biar rakyat Selangor mengetahuinya dan menilainya.

Rakyat patut tahu apa yang berlaku di pentadbiran Kerajaan Selangor. Mengurus negeri bukan seperti mengurus syarikat peribadi. Semoga 'Darul Ehsan' ini tidak ditadbir dengan cacamarba. Kertas Putih berkaitan isu ini yang dijanjikan juga tidak didedahkan sehingga kini.

RM1 bilion bukan jumlah yang sedikit. Jika diberikan kepada mereka yang layak menerima BR1M, 2 juta rakyat akan mendapat manfaat tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zohor 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.