saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 12/07/2012

Pembelajaran berterusan, asas kelangsungan hidup - Rosmah

Rosmah Mansor bersama ahli-ahli 'Asian Institute of Management' (AIM) pada perjumpaan 'Breakfast Meeting' bersama AIM Alumni India pada Kongres Anugerah Asia Pembangunan Sumber Manusia di Bangalore, India, semalam. - bernama

BANGALORE 11 Julai - Pembelajaran berterusan merupakan asas bagi kelangsungan hidup dalam dunia kompetitif dan organisasi seperti Institut Pengurusan Asia (AIM) memainkan peranan penting dalam menyediakan platform itu, kata Datin Seri Rosmah Mansor.

"Asas bagi kelangsungan hidup pada hari ini ialah meninggalkan cara pembelajaran yang lama dan ketinggalan zaman dan menggunakan kaedah baru pembelajaran yang lebih relevan dengan persekitaran kontemporari.

"Sesetengah pihak menyifatkan ini sebagai mengubah cara berfikir," kata isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu pada mesyuarat AIM Alumni di sini hari ini.

Rosmah, dalam rangka lawatan sehari ke Bangalore, dijadual menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Developing Talent for the Future" (Membangunkan Bakat untuk Masa Depan) pada Kongres Anugerah Asia HRD (Human Resources Development) 2012 lewat hari ini.

Turut hadir bekas Presiden Filipina Fidel V. Ramos, dan M. P. Singh yang merupakan Pengerusi Federation of AIM Alumni Association Inc dan Presiden Persatuan Alumni AIM India.

Rosmah berkata, teknik pada zaman dahulu mungkin tidak boleh lagi diguna pakai untuk menangani masalah pada zaman ini.

"Dalam landskap sebegitu, pembelajaran kita tidak boleh berhenti, atau kita mungkin berisiko ketinggalan di belakang oleh rakyat kita dan organisasi kita.

"Tanpa mengira betapa tinggi pendidikan kita, kita tidak boleh menutup hati dan minda kita terhadap kitaran pembelajaran," katanya.

Rosmah, yang mendapat latihan di AIM di Manila pada 1984, seterusnya berkata: "Institusi seperti AIM memberikan kepada kita sokongan untuk kita meneruskan pembelajaran. Di AIM, kita diajar yang kita perlu menjadi pemimpin merentas sempadan dan pengurus tatkala kita berdepan dengan isu merentas sempadan.

"Untuk muncul sebagai bakat global dan mampu untuk beroperasi di mana-mana bahagian di dunia, keperibadian tinggi dan kecekapan diperlukan dalam dunia pasaran bebas kini.

"Bagi kebanyakan kita, latihan di AIM telah membuka pelbagai peluang baru dan banyak juga daripada mereka, telah berada di tempat yang mereka inginkan." - BERNAMA.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.