saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 13/07/2012

Kes ragut maut selesai, dua lagi ditahan

MELAKA 12 Julai - Polis percaya telah menyelesaikan kes ragut yang mengakibatkan kematian seorang kerani wanita di Jalan Benteng, Kampung Balai Panjang di sini Sabtu lalu, selepas menahan dua lagi lelaki termasuk suspek utamanya semalam.

Suspek yang berusia 21 dan 24 tahun itu ditahan di sebuah hotel bajet di Batu Berendam, kira-kira pukul 3 petang semalam oleh sepasukan polis.

Susulan penahanan itu, polis merampas dua motosikal jenis Yamaha 125z dan beg tangan yang dipercayai milik mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) negeri, Supritendan P. R. Gunarajan berkata, suspek berusia 21 tahun berasal dari Jasin.

"Seorang lagi yang berusia 24 tahun dipercayai ketua kumpulan kepada empat lagi remaja lelaki yang telah ditahan Isnin lalu.

"Ketika serbuan, seorang daripada suspek cuba melarikan diri, namun berjaya diberkas polis," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, Tang Mui Choo, 35, maut selepas 23 jam bertarung nyawa setelah koma akibat terjatuh daripada motosikal selepas diragut dua lelaki.

Mangsa yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka meninggal dunia di hospital berkenaan pukul 7 pagi keesokan hari.

Bertindak hasil daripada maklumat diperoleh, polis menahan empat remaja lelaki berusia antara 17 hingga 20 tahun.

Menurut Gunarajan, pemeriksaan lanjut menemui dua motosikal yang digunakan untuk melakukan ragut termasuk beg tangan dan kad pengenalan milik mangsa yang dicampakkan di belakang sebuah hotel di Tengkera.

"Suspek berusia 24 tahun yang berasal dari Tangkak, Johor juga mengaku menunggang motosikal ketika melakukan jenayah ragut berkenaan yang menyebabkan kematian wanita itu," tambahnya.

Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Berikutan penahanan enam anggota kumpulan ini, polis berjaya menyelesaikan 25 kes jenayah ragut dan samun termasuk membabitkan kematian wanita tersebut, katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.