saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 14/07/2012

Nasib malang etnik Rohingya

Dua kanak-kanak lelaki Rohingya menangis selepas ditahan pengawal pantai Bangladesh semasa menyeberangi sungai Naf ke negara itu, di Teknaf, pada 18 Jun lalu. - Reuters

YANGON 13 Julai - Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), Antonio Guterres menolak cadangan Presiden Myanmar, Thein Sein supaya badan dunia itu menempatkan etnik Rohingya di kem-kem pelariannya di seluruh dunia serta menjaga kebajikan mereka.

Beliau berkata, ia bukan tugas UNHCR untuk menempatkan semula etnik Rohingya beragama Islam yang kini tinggal di barat Myanmar tanpa status warganegara.

"Program penempatan semula UNHCR adalah untuk pelarian yang melarikan dari sebuah negara ke negara lain dalam situasi yang sangat spesifik,'' katanya.

Thein Sein dalam laman webnya semalam menyatakan, beliau memberitahu Guterres dalam satu pertemuan kelmarin bahawa penyelesaian kepada konflik etnik dan agama di negeri Rakhine adalah menghantar etnik Rohingya ke negara dunia ketiga atau menempatkan mereka di kem pelarian UNHCR.

Cadangan Presiden Myanmar itu tidak menjelaskan jumlah pelarian sebenar, namun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira 800,000 etnik Rohingya berada di Myanmar.

Myanmar tidak mengiktiraf etnik Rohingya yang berketurunan Bengali sebagai rakyatnya kerana kumpulan itu hanya memasuki negara ini pada kurun ke-19 ketika pemerintahan Britain.

Thein Sein memberitahu Guterres, berdasarkan Perlembagaan Myanmar, hanya keturunan Bengali yang tinggal di negara ini sebelum kemerdekaan daripada Britain pada 1948 serta anak mereka, dianggap sebagai warganegara.

Bagaimanapun, mereka yang menetap di Myanmar selepas kemerdekaan secara rasminya dianggap sebagai pendatang asing dan mengancam keselamatan negara ini.

Pada asasnya, sukar untuk kebanyakan keturunan Bengali mendapatkan status warganegara dan mereka menghadapi diskriminasi selain pergerakan yang dihadkan, isu perkahwinan dan anak. - AGENSI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.