saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/07/2012

KARA pentingkan kualiti

KARA sewaktu sidang akhbar (dari kiri) Kang Jiyoung, Jung Nicole, Park Gyuri, Han Seungyeon dan Goo Hara.

ALAHAI, nak interviu Perdana Menteri atau VIP pun tak sesusah ini." Itulah antara rungutan yang dapat didengari sebelum pihak media melangkah masuk ke bilik untuk sesi temu bual dengan kumpulan KARA.

Bukan udang kara yang kita makan tapi KARA ini sedap mata memandang dan tidak tergamak untuk dijamah kerana mereka adalah lima gadis jelita iaitu, Park Gyuri, Han Seungyeon, Jung Nicole, Goo Hara, dan Kang Jiyoung.

Sebelum melangkah ke bilik untuk sesi temuramah, awal-awal lagi pihak media dipinta oleh pihak Compass Communication Sdn. Bhd. agar jangan ditanya hal peribadi atau apa-apa soalan yang boleh menimbulkan ketidakselesaan artis.

Itu adalah peraturan biasa yang perlu dipatuhi oleh media tempatan setiap kali menemubual artis ternama. Selama ini pun pihak media tidak pernah melanggar syarat yang ditetapkan.

Hampir satu jam menunggu giliran dengan sabar untuk menemuramah KARA yang merupakan salah satu artis yang menjayakan program MTV World Stage Live in Malaysia 2012 di Surf Beach, Sunway Lagoon, Sabtu lalu.

Turut menjayakan MTV World Stage adalah Jay Park yang dari Korea Selatan, Justin Bieber dan Mizz Nina.

Untuk temuramah singkat berbanding waktu menunggu, pihak media masing-masing telah bersedia dengan soalan yang diemel kepada pihak Compas Communication, selaku pengantara yang mengatur sesi temu bual antara KARA dengan media tempatan.

Temu bual itu turut disertai oleh penterjemah, Quein Nam kerana kebanyakan artis Korea tidak begitu yakin bertutur bahasa Inggeris setiap kali temu bual, melainkan Jay Park.

KARA yang amat popular di Jepun sehingga mengalahkan populariti kumpulan wanita tempatan di sana, AKB48, berkata, apa yang mereka tonjolkan selama ini adalah sikap profesional.

Menurut Park Gyuri, setiap kali mengadakan persembahan, mereka sentiasa mengutamakan kualiti tanpa mengira tempat.

"Untuk meraih populariti seperti ini, kami sentiasa mengutamakan profesional dan menjadi diri sendiri.

"Tidak dinafikan saingan memang banyak tapi kami tidak takut kerana KARA ada imej tersendiri dan kami amat variasi dalam persembahan dan lagu," katanya.

Tambahnya, KARA hanya mengetahui yang mereka dikenali sebagai kumpulan wanita popular di Jepun menerusi akhbar kerana kebelakangan ini mereka sibuk dengan aktiviti seni.

"Kami amat berterima kasih kepada semua peminat yang banyak menyokong KARA selama ini," kata Gyuri.

Populariti KARA bukan sahaja dikenali menerusi lagu-lagu seperti Wanna, Mister dan Step tapi kerana peribadi anggota.

Setiap anggota KARA mempunyai laman sosial seperti Twitter dan Facebook masing-masing. Malah mereka amat ringan tangan membalas setiap soalan yang diaju para peminat.

"Kami memang suka berTwitter atau Facebook kerana itu adalah cara paling mudah untuk berkomunikasi dengan para peminat.

"Malah laman sosial di Internet adalah cara promosi yang paling mudah untuk peminat mengetahui segala aktiviti seni KARA," kata Jung Nicole.

Menurut Nicole, sambutan yang diberikan oleh peminat-peminat di Malaysia amat menakjubkan kerana ini adalah kali pertama mereka berkesempatan menjejakkan kaki ke sini.

Pada temu ramah itu, KARA berjanji akan memberi persembahan terbaik kepada para peminat sempena MTV World Stage Live in Malaysia 2012.

Menonton persembahan KARA selepas Justin Bieber, tidak dapat dinafikan kelima-lima wanita itu memukau penonton dengan tarian yang dinamik.

KARA mampu mendendangkan lebih banyak lagu daripada Bieber namun pada kesempatan itu mereka hanya berkesempatan memperdengarkan tujuh buah lagu.

Kalau Bieber menyanyi, penonton dapat melihat nafasnya yang tercungap-cungap tetapi berbeza dengan KARA. Biar adakalanya mereka nampak penat, mungkin kerana terpaksa menggoyang pinggul mengikut rentak muzik yang rancang namun mereka tetap tampak rileks.

Bagaimanapun, mungkin kerana ketidakyakinan bertutur dalam bahasa Inggeris kecuali bahasa ibunda mereka menyebabkan persembahan KARA seperti klip video.

Sesekali sahaja anggota KARA menyapa penonton yang begitu teruja untuk melihat persembahan pertama kumpulan yang amat popular di Jepun itu.

Hits pasti selepas menonton persembahan KARA, ada sesetengah penonton berkata: "nasib baik cantik, bolehlah layan juga. Nak harap menyanyi, setakat miming sahaja, siapa pun boleh."

Miming atau menunjukkan kebolehan mengadakan persembahan dengan menyanyi secara langsung bukan persoalan sekarang kerana nama KARA sudah cukup terkenal.

Apabila nama sudah popular dan mempunyai pengikut fanatik, kelemahan yang begitu ketara itu tidak dipeduli oleh peminat.

Apa yang penting mereka dapat melihat anggota KARA beraksi manja dan seksi di atas pentas.

Pewangi KARA

Populariti nama KARA telah mendorong lima wanita itu untuk memperkembangkan empayar mereka ke bidang perniagaan.

Anggota kumpulan tersebut memilih untuk memasarkan pewangi yang menggunakan nama KARA bagi memudahkan pengguna mengingati mereka.

"Sudah lama kami berusaha untuk menghasilkan pewangi Kara 5 Jewel atau K5J. Apabila pewangi tersebut benar-benar berada di pasaran seperti yang diidamkan, kami merasa sangat lega.

"Sejak dipasarkan April lalu, sambutan yang diterima amat menggalakkan. Selain itu pewangi yang kami cipta dengan haruman yang istimewa, benar-benar membawa kami dekat dengan peminat," kata Nicole.

Pewangi K5J telah dipasarkan di Jepun, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Taiwan pada musim panas ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.