saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/07/2012

SPR lega bila Suara Keadilan dan Harakah 'muhasabah diri'

DALAM seminggu ini, para pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya yang memantau laporan akhbar-akhbar propembangkang dapat menarik nafas lega.

Akhbar-akhbar parti PKR dan Pas itu, masing-masing Suara Keadilan dan Harakah dilihat tidak seghairah bulan lepas melaporkan perihal suruhanjaya itu.

Jika kebiasaannya setiap keluaran, habis 'renyuk' dihentamnya SPR dengan ada sahaja yang tidak kena dalam perkhidmatan dan urusannya terhadap rakyat - terutama sekali 'daftar pemilih yang tidak bersih' - dalam tujuh lapan hari ini, 'meriam dan peluru' yang dihalakan agak perlahan.

"Biasanya kedua-dua akhbar ini akan mengeluarkan laporan berangkai...macam sediakan sekurang-kurangnya empat atau lima cerita tentang SPR.

"Ya, macam-macamlah, SPR itulah...SPR inilah. Yang paling ketara cerita (laporan) mereka menyerang Daftar Pemilih Induk, mengatakan kotor dan telah dimanipulasi. Antaranya, kata laporan mereka, mengapa dah umur 50 tahun baru nak daftar jadi pengundi sedangkan (artis) Datuk Sharifah Aini hampir 60 tahun usianya baru nak daftar," kata seorang pegawainya kepada saya kelmarin.

Semak punya semak, teliti punya teliti sebab mengapa akhbar-akhbar totok pembangkang ini agak 'slow down' mencerca dan menghentam SPR dalam laporan mereka seminggu ini, pegawai berkenaan secara tidak langsung mengesan ia berkemungkinan ada kaitan dengan kedatangan bulan Ramadan yang mulia hujung minggu ini.

"Saya tak tahulah anda perasan atau tidak, kalau anda boleh bandingkan laporan minggu ketiga bulan ini dengan tempoh yang sama Jun lepas daripada akhbar-akhbar mereka.

"Berbeza sungguh kaedah penulisan mereka...nampaknya PKR dan Pas ini ingat juga akhirat dan ada juga tempohnya mereka bermuhasabah diri dengan ingat juga Ramadan yang bakal menjelang ini.

"Kalau tidak, habis dibasuhnya kami (SPR) dengan benda-benda mengarut dan laporan-laporan yang diputarbelitkan. Kalau tidak dua kali seminggu mesti ada sekurang-sekurangnya satu muka besar lima cerita tentang hal-hal yang memburuk-burukkan SPR... tapi minggu lepas Harakah langsung tak ada cerita SPR," kata pegawai itu lagi.

Pegawai berkenaan memberitahu, laporan-laporan yang tidak tepat mengenai apa yang telah dibuat oleh SPR seperti dilaporkan Suara Keadilan dan Harakah terpaksa dijawab oleh badan itu.

Dan memang itupun tujuan permit dua akhbar tersebut yang dipohon kepada Kementerian Dalam Negeri, katanya.

"Cuma yang membaca kedua-dua akhbar ini merupakan pembaca yang sama dan pemikiran memang ke situ, takkan boleh 'diubah'. Saya jawab dan setiap kali jawab dan dilaporkan oleh Bernama khususnya, mereka tidak pakai (siar laporan itu).

"Tetapi sengaja pula cetuskan benda lain walaupun 100 peratus perkara yang dibuat oleh SPR untuk pengundi baik, bagus untuk manfaat dunia dan akhirat.

"SPR sedar mereka nak beritahu pengikut dan penyokong parti mereka tetap ada titik hitam bahawa apa yang SPR buat segalanya tidak betul," katanya.

Pegawai itu menarik perhatian mengenai isu Daftar Pemilih tidak bersih yang acap kali dimainkan oleh dua akhbar pembangkang berkenaan.

"Saya ambil contoh dulu ada sebuah kampung di atas tapak pusat beli-belah Sogo sekarang.

Katakan di situ dulunya didiami setinggan dan di sebelah kampung itu anda akan nampak sebuah sekolah (dekat lampu isyarat belakang Kompleks Pertama).

"Kampung itu dah hilang sekarang dan yang ada adalah Sogo tetapi orang yang mendaftar sebagai pengundi dulu tempat mereka membuang undi adalah di sekolah berkenaan.

"Pada orang luar SPR benda-benda inilah yang pelik, mana perginya pengundi yang duduk di Sogo tu sedangkan hak mereka untuk mengundi di sekolah terbabit adalah sah. Malahan, mereka tidak boleh dikeluarkan dari Daftar Pemilih dengan sewenang- wenangnya," katanya.

Katanya: "Jadi, dia (Suara Keadilan dan Harakah) ni boleh berbohong benda-benda macam inilah di sebalik fakta dalam SPR yang kita tak boleh buat (kembalikan kampung berkenaan di atas tapak Sogo sekarang dan nampakkan kelibat pengundi-pengundi kampung tersebut).

"Memang dia boleh cetuskan tahap 'logik' ini kepada pembaca-pembacanya."

Baru-baru ini pegawai berkenaan memberitahu, sebaik sahaja beliau membaca satu laporan daripada salah sebuah akhbar pembangkang tadi mengenai satu berita yang disiarkan, dia segera bergegas ke Batu Caves.

"Dilaporkan ada orang Melayu komplen tentang seorang India duduk dalam rumahnya (gunakan alamat rumahnya) dalam Daftar Pemilih. Saya sendiri pergi ke rumah berkenaan di Batu Caves. Rupa-rupanya orang India tadi daftar di pejabat pos dan pejabat pos tersilap 'key in' alamat rumahnya. Sepatutnya Jalan 12, bukannya Jalan 1.

"Jadi, bila namanya dipamerkan sebelum Daftar Induk diwartakan, tiada siapa pun yang buat bantahan. Ini namanya tersilap. Sebab itu SPR memohon mana-mana pihak yang nampak sahaja benda ini, laporkan kepada kami. Kami boleh perbetulkan kembali lokalitinya, isu jantina dalam daftar pemilih dan sebagainya," kata pegawai itu.

SPR, kata pegawai itu lagi, tidak mahu sekadar menjadi 'punching bag' pembangkang.

"Mereka orang di luar SPR yang tidak tahu apa yang SPR tahu. Jangan asyik sentiasa 'berguling-guling' bantai SPR. Sistem sekarang ini kita buat pendaftaran sepanjang tahun, tidak lagi bermusim seperti mana sebelum 2002. Tentu pengundi dulu (sebelum 2002) banyak yang tidak buat perubahan alamat.

"Kalau muhasabah diri menjelang Ramadan ini dikekalkan, kami di SPR sambut baik... terima kasih sangat, harap berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13 (PRU-13)," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.