saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 17/07/2012

SMKA Sheikh Abdul Malek juara Kalam Jama'ie

PASUKAN koir SMKA Sheikh Abdul Malek meraikan kemenangan selaku johan kategori bahasa Arab Kalam Jama'ie pada Majlis Penutupan dan Pengurniaan Hadiah Program Pengukuhan Bahasa Inggeris dan Program Pengukuhan Bahasa Arab, Piala Yayasan Diraja Sultan Mizan 2012 di Taman Tamadun Islam, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 16 Julai - Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sheikh Abdul Malek muncul juara pertandingan Kalam Jama'ie peringkat negeri 2012 Piala Yayasan Diraja Sultan, di sini semalam.

Pertandingan di bawah Program Pengukuhan Bahasa Arab itu mula diperkenalkan pada tahun ini oleh Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) berasaskan kejayaan program Pengukuhan Bahasa Inggeris yang dimulakannya sebagai tradisi tahunan sejak 2010.

Dalam pertandingan yang berbentuk pengucapan koir (Bahasa Inggeris) yang disertai 22 SMKA itu, tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Menengah Imtiaz Besut manakala Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu di tempat ketiga.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Aibdin yang merupakan Pengerusi YDSM berkenan berangkat pada majlis penutup dan pengurniaan hadiah kepada para pemenang pertandingan bagi kedua-dua program itu di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, di sini semalam.

Para kerabat diraja turut mengiringi baginda. Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri, para pegawai kanan negeri, ketua-ketua jabatan, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru di samping rombongan pendidik dari Sulawesi Selatan.

Kedua-dua program yang merupakan salah satu inisiatif YDSM sebagai usaha sokongan memperluaskan penguasaan bahasa-bahasa ilmu dan antarabangsa di kalangan anak negeri ini agar melonjakkan lagi pencapaian mereka dalam akademik dan alam pekerjaan kelak.

Pertandingan ini menjadi gelanggang bagi pelajar mengasah bakat dalam pengucapan awam dan membuka peluang kepada mereka mempamerkan kebolehan dan kecekapan berbahasa Inggeris dan Arab dalam acara-acara rasmi.

Sementara itu, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail II, Kemaman menjuarai pertandingan pengucapan koir (aspirasi) program pengukuhan bahasa Inggeris dan turut memenangi persembahan terbaik.

Dalam pertandingan akhir melibatkan lapan sekolah mewakili daerah masing-masing itu, tempat kedua pula disandang oleh SMK Pengkalan Berangan, Marang manakala SMK Seri Berang, Hulu Terengganu (ketiga).

Bagi kategori inspirasi pula, juara disandang oleh SMK Tengku Mahmud yang turut memenangi hadiah konduktor terbaik, diikuti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Besut (kedua) di samping memenangi skrip terbaik dan SMKA Khairiah, Kuala Terengganu (Ketiga).

Dalam pertandingan 'Smart English' pula, Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas Kemaman yang dipilih sebagai juara turut menerima hadiah persembahan terbaik manakala SK Bukit Payong Marang (kedua) dan SK Gong Kapas Kuala Terengganu (ketiga).

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Rahman Embong ketika berucap pada majlis tersebut menyifatkan kedua-dua program ini memberi kesan positif sebagai pelengkap usaha mengerakkan kemajuan bermakna dalam bidang pendidikan dan pembangunan insan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.