saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/07/2012

14 anggota ATM bersedia rentasi Selat Inggeris pada 16 Sept.

Sebahagian 14 peserta bersama jurulatih menjalani program latihan fasa terakhir renangan Selat Inggeris di Teluk Batik, Lumut, semalam.

LUMUT 17 Julai - Seramai 14 anggota dari tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini giat menjalani latihan fasa akhir sebelum menyertai Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1Malaysia pada 16 September depan.

Presiden Kelab Eksplorasi Tujuh Benua Malaysia, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, kesemua peserta akan berenang secara berganti-ganti sejauh 80 kilometer dengan suhu antara 16 dan 18 darjah Celsius.

Katanya, dalam renangan itu, perenang akan bermula dengan merentasi Selat Inggeris dari Dover, United Kingdom ke Cap Gris Nez, Calais, Perancis sebelum berpatah balik ke Dover.

''Setakat ini, segala persiapan berjalan lancar dengan kesemua peserta hampir sepenuhnya bersedia. Kita harap mereka akan lebih bersedia sebaik tiba di Dover bagi menjalani latihan penyesuaian diri pada 23 Ogos depan.

''Setiap daripada mereka akan berenang sejauh 15 kilometer hingga 18 kilometer dan terpaksa berhadapan beberapa cabaran termasuk suhu sejuk, merentasi kawasan laluan kapal-kapal besar dan gelombang air yang tidak menentu," katanya.

Beliau ditemui selepas latihan fasa terakhir yang bermula dari Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menuju ke Teluk Batik, di sini hari ini.

Pada sesi latihan yang bermula kira-kira pukul 9 pagi itu, kesemua mereka berenang sejauh 10 hingga 12 kilometer dengan mengambil masa hampir empat jam.

Menurutnya, pada ekspedisi yang disertai 14 anggota ATM pelbagai pangkat itu, lima daripadanya ialah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), lima anggota TLDM dan selebihnya daripada Tentera Darat Malaysia (TDM).

''Ekspedisi ini merupakan titik-tolak kepada cabaran yang lebih besar bagi mereka yang ingin melakukan renangan secara solo pada masa hadapan.

''Selain itu, pemilihan tarikh 16 September itu adalah simbolik Hari Malaysia dan kita berharap ia dapat melakarkan nama negara di peta dunia, seterusnya menyemarakkan semula semangat Malaysia Boleh," ujarnya.

Sementara itu, bagi jurulatih pasukan, Pegawai Waran TLDM, Mohd. Arof Omar berkata, setakat ini, beliau berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan setiap perenang di bawah kendaliannya.

''Kita telah menjalani latihan secara serius selama tiga bulan, walaupun masih ada yang kurang namun kita akan perbaiki menjelang hari acara itu nanti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.