saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 18/07/2012

Diraikan dalam kemeriahan

Pasangan yang sama cantik dan sama padan bak pinang dibelah dua.

PERSANDINGAN meriah meraikan pasangan Amir Hashim dan Norsyawani Md. Johari yang berlangsung pada 14 Julai lalu menandakan berakhir sudah Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-3.

Pasangan tersebut yang diraikan di Kampung Pengantin, Setapak, Kuala Lumpur, merupakan pasangan kelima yang menerima tajaan pakej perkahwinan bernilai RM50,000 serta hadiah sampingan yang lain.

Kedua-dua mempelai tersebut yang ditemui selepas majlis berlangsung meluahkan rasa gembira yang tidak terhingga apabila majlis yang dirancang dalam tempoh yang singkat berjalan dengan begitu lancar.

Mereka juga dilihat begitu teruja dan tidak sabar untuk melayari alam rumah tangga apatah lagi dalam tempoh seminggu lagi umat Islam bakal menjalani ibadah puasa.

Pasangan ini juga bersyukur kerana diberi kesempatan untuk bersama-sama menyambut kedatangan Ramadan serta Syawal sebagai pasangan suami isteri tahun ini.

“Rasa macam tak percaya kami telah bergelar suami isteri. Jika diikutkan tarikh sebenar ia (majlis akad nikah) akan berlangsung penghujung tahun ini.

“Segala-galanya berlaku begitu pantas di mana tahun ini juga buat pertama kalinya kami akan berpuasa dan berhari raya bersama serta rasa terkejut kerana tersenarai sebagai pemenang peraduan ini.

“Apa-apa pun kami berterima kasih kepada semua yang berusaha menjadikan majlis (persandingan) kami meriah dan berjalan dengan lancar," ujar Amir.

Disandingkan dalam satu majlis yang gilang-gemilang di hadapan hampir 1,000 tetamu, pasangan itu mengakui agak berdebar namun tetap teruja.

Bagi meraikan detik bermakna itu, pasangan tersebut memilih konsep perkahwinan English Garden.

Segak, cantik dan bergaya dengan persalinan masing-masing, Amir serta Norsyazwani kelihatan begitu ceria dalam majlis perkahwinan mereka yang bertemakan warna merah jambu dan putih.

Tepat pukul 1.15 petang, pasangan mempelai telah diarak masuk ke dewan sambil diiringi lagu dendangan Yuna, Terukir Di Bintang.

Pastinya alunan lagu tersebut bersesuaian dengan pasangan pengantin yang dilihat begitu berseri-seri serta sama cantik dan sama padan, bak pinang dibelah dua.

Senyuman yang terukir di bibir mempelai juga tidak lekang sepanjang majlis persandingan berlangsung.

Sebaik sahaja selesai acara merenjis, pasangan mempelai dibawa menikmati hidangan di meja makan beradab sambil ditemani tetamu jemputan, Pegawai Pemerintah II Woksyop Briged, Mejar Azmi Mohd. Noor beserta isteri dan tidak ketinggalan Penolong Ketua Pengarang II Kumpulan Utusan, Ahmad Abdul Hamid dan isteri.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara memotong kek dan disusuli dengan ucapan pasangan pengantin.

Sebelum itu, pasangan ini telah disatukan pada 7 Julai lalu dengan pihak lelaki menyediakan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan.

Selain Amir dan Norsyazwani, kedua-dua ibu bapa pasangan pengantin, Hashim Abdullah, 56, serta Sabariah Abdul Rahim, 52, (ibu bapa pengantin lelaki) dan Md. Johari Misran, 54, serta Norilah Sagap, 46, (ibu bapa pengantin lelaki) juga tidak ketinggalan mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur dan penaja kerana tanpa komitmen mereka tidak mungkin majlis persandingan anak mereka dapat dilaksanakan dengan begitu lancar.

“Alhamdulillah, walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh yang singkat, majlis persandingan ini berlangsung juga tanpa sebarang masalah.

“Yang pasti apa yang diimpikan telah menjadi kenyataan dan diraikan dalam majlis penuh bermakna bersama keluarga, saudara-mara serta sahabat handai.

“Terima kasih juga diucapkan kepada semua penaja dan tidak ketinggalan Utusan Malaysia kerana memberi peluang kepada Amir dan Norsyazwani merealisasikan impian perkahwinan mereka," ujar Hashim yang ditemui sebelum majlis bermula.

Untuk pengetahuan bersama, Utusan Malaysia telah menganjurkan Peraduan Gerbang Cinta Mega Utusan selama dua musim yang lalu bermula pada tahun 2009.

Berikutan kejayaan penganjuran pertama yang berjaya menarik penyertaan kira-kira 10,000 pasangan bertunang dari seluruh negara, Utusan Malaysia sekali lagi terpanggil untuk terus menganjurkan peraduan ini sebagai salah satu khidmat sosial kepada pembaca setia akhbar Utusan Malaysia khususnya.

Peraduan Gerbang Cinta Musim Ketiga menyaksikan penyertaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai penaja utama bersama Dios Astana Bridal (busana dan cenderamata) sebagai penaja bersama serta rakan-rakan strategik lain, Mastar Catering (jamuan), Kampung Pengantin (lokasi), Precious Moments (pelamin), D’ Sayang Entertainment (sistem bunyi dan fotografi) dan Afidah Khamis Makeup & Stuff (jurusolek).

Turut menaja, Sri Sutra Travel (pakej bulan madu), CJ Print (kad perkahwinan) dan Utusan Online (laman sesawang rasmi peraduan). - MARIATUL QATIAH ZAKARIA maria.zakaria@utusan.com.my

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:09
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.