saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 18/07/2012

Kadar zakat fitrah di Terengganu turun

KUALA TERENGGANU 17 Julai - Kadar zakat fitrah bagi negeri ini ditetapkan sebanyak RM4.50, RM7 dan RM7.60 berbanding RM5, RM7 dan RM8 tahun lalu berdasarkan harga gred beras yang dimakan.

Kadar itu menurun antara 40 hingga 60 sen disebabkan perubahan kepada pengukuran timbangan satu Gantang Baghdad daripada 2.7 kilogram (kg) kepada 2.6kg biarpun harga beras di pasaran tidak berubah berbanding tahun lalu.

Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Senara Muda Mazlan Hashim berkata, kadar itu berdasarkan harga beras gred super di pasaran yang mana nilainya bersamaan dengan beras gred 15 peratus hancur, 10 peratus hancur dan lima peratus hancur.

"Justeru, mana-mana orang Islam yang akan menunaikan fitrah, mereka boleh membayar secara tunai mengikut jumlah yang ditetapkan.

"Bagi yang mahu membayar fitrah dengan beras pula, kadar yang ditetapkan ialah 2.97 cupak Malaysia atau 2.60kg bagi tiap seorang," katanya kepada pemberita semasa mengumumkan mengenai kadar fitrah bagi negeri Terengganu untuk tahun ini di pejabatnya di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Bahagian Perdagangan Digital Kumpulan Advance Data, Celcom Aviata Berhad, Areehan Abdullah.

Penetapan kadar fitrah itu dibuat selepas mendapat perkenan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Mazlan berkata, pihaknya telah melantik seramai 1,173 amil untuk membuat kutipan fitrah serta zakat harta di setiap masjid dan surau di negeri ini.

Beliau mengingatkan, adalah menjadi kesalahan kepada individu yang memungut zakat tanpa tauliah daripada MAIDAM dan juga individu yang membayar zakat bukan kepada amil bertauliah.

"Kedua-dua zakat itu juga boleh dibayar menerusi Khidmat Pesanan Ringkas untuk pelanggan Celcom dan Maxis. Bagaimanapun, umat Islam dilarang membayar fitrah menerusi perbankan Internet kerana kemudahan itu hanya untuk pembayaran zakat harta sahaja," katanya.

Tambah Mazlan, pembayaran fitrah juga boleh dilakukan di kaunter bayaran zakat MAIDAM dari pukul 8.30 pagi hingga 4 petang dari Ahad hingga Rabu dan pada Khamis dari pukul 8.30 pagi hingga 2.30 petang.

"Mulai 5 hingga 18 Ogos pula, kaunter bayaran zakat akan dibuka selama tujuh hari seminggu di semua kaunter MAIDAM bermula pukul 8.30 pagi hingga 4 petang," ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.