saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/07/2012

Skim Persaraan Swasta dilancar

NAJIB Tun Razak bersama Ranjit Ajit Singh dan Ahli Lembaga Pengarah Skim Persaraan Swasta pada pelancaran skim itu di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR 18 Julai - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Skim Persaraan Swasta (PRS) yang memberi peluang kepada golongan pekerja dan mereka yang bekerja sendiri membuat simpanan persaraan secara sukarela bermula September ini.

Mengumumkan berita gembira itu, Perdana Menteri berkata, PRS diwujudkan untuk memastikan setiap orang dewasa produktif yang masih muda dan generasi Malaysia akan datang mempunyai tabungan dan simpanan aset kewangan mencukupi menjelang persaraan mereka.

"Skim ini menawarkan pelbagai peluang kepada rakyat. Bagi individu, PRS menyediakan dana persaraan untuk mobiliti karier manakala bagi pihak majikan pula, ia mungkin boleh digunakan untuk mengekalkan bakat sedia ada, di samping menarik bakat-bakat baru.

"Sehubungan itu, saya menyeru majikan mempertimbangkan penggunaan PRS untuk menawarkan lebih banyak pakej ganjaran menarik dalam bentuk sumbangan bagi faedah persaraan pekerja," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran skim tersebut di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; Pengerusi Bursa Malaysia, Datuk Ranjit Ajit Singh dan Pengerusi Bursa Malaysia, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah.

Serentak dengan pelancaran itu, Najib turut mengumumkan pelantikan Zaiton Mohd Hassan sebagai Pengerusi Pentadbir Pencen Swasta yang pertama.

Ahli Lembaga Pengarah yang lain ialah Datuk Nozirah Bahari; Datuk Dr. R. Thillainathan; Ou Shian Waei dan Ahmad Zakie Ahmad Shariff.

Skim Persaraan Swasta adalah skim simpanan yang disediakan oleh lapan penyedia dana swasta yang dilesen dan diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Lapan penyedia dana itu adalah AmInvestment Management Sdn. Bhd.; American International Assurance Bhd.; CIMB-Principal Asset Management Bhd.; Hwang Investment Management Bhd.; ING Funds Bhd.; Manulife Unit Trust Bhd.; Public Mutual Bhd. dan RHB Investment Management Sdn. Bhd..

Najib berkata, PRS dirangka untuk memberikan saluran tambahan kepada pekerja dan pekerja yang bekerja sendiri membuat simpanan persaraan mereka.

Menurut beliau, sebagai insentif penyertaan dalam PRS, individu diberikan pelepasan cukai sehingga RM3,000 manakala majikan pula diberikan potongan cukai ke atas caruman yang dibuat bagi pihak pekerja mereka di atas pada kadar yang diwajibkan dan sehingga 19 peratus gaji pekerja.

Katanya, pengecualian cukai turut diberikan ke atas pendapatan yang diterima daripada skim itu.

Tambah beliau, set pertama skim tersebut mengandungi 24 dana dan para pekerja boleh memilih dana pertumbuhan, dana sederhana dan konservatif berdasarkan risiko yang dipilih.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan penubuhan platform tapak dagangan bagi syarikat-syarikat yang tidak disenaraikan untuk meningkatkan dana dan peluang bagi pembiayaan modal berisiko.

"Terdapat minat kukuh di kalangan perusahaan kecil dan sederhana, modal teroka dan ekuiti swasta untuk meraih dana.

"Selain menyediakan peluang pembiayaan, tapak tersebut juga membolehkan para pelabur berdagang dalam platform yang efisien dan telus," katanya.

Bagi memenuhi minat rakyat dalam pelaburan logam bernilai tinggi, Najib turut mengumumkan penubuhan bursa mercantile yang bakal menyediakan peluang untuk melabur dan lindung nilai emas hadapan serta logam.

Najib menambah, untuk meningkatkan penyertaan dalam pasaran modal, SC akan memperkenalkan dua kategori individu berdaftar bagi mengukuhkan peranan peniaga, memudahkan peruntukan perkhidmatan khusus dan akses asas pelanggan lebih baik.

Syarikat-syarikat broker saham pula katanya, dibenarkan berurusan secara terus dengan ejen dan wakil-wakil pembangunan perniagaan bagi memenuhi keperluan perniagaan.

"Langkah ini akan menambah produktiviti serta mewujudkan lebih 6,000 wakil-wakil pasaran modal berlesen dan menyediakan peluang pekerjaan kepada ribuan bakat muda tempatan," katanya.

Pada masa sama, Najib juga mengumumkan Kempen Pelaburan Bijak Kebangsaan selama enam bulan bermula Oktober ini bagi meningkatkan pelabur berpotensi kepada 1.5 juta.

Katanya, program itu akan dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) iaitu sayap pendidikan SC.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.