saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/07/2012

Pemandu buka ruang beri maklum balas

KUALA LUMPUR 18 Julai - Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) akan mengadakan hari terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) Roadmap 2.0 khusus bagi membolehkan orang ramai menyuarakan maklum balas dan cadangan mengenai pelaksanaan GTP.

Unit itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, melalui hari terbuka tersebut orang ramai dapat menilai semula inisiatif utama yang telah dirancang untuk pelan GTP sekali gus menyuarakan pendapat mereka.

"Hari terbuka berkenaan akan diadakan di tiga lokasi iaitu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 24 Julai ini; Hotel Pullman, Kuching, Sarawak (10 Ogos) dan di Sutera Harbour, Kota Kinabalu (14 Ogos)," katanya.

Tambah kenyataan itu, satu sesi bertemu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala akan diadakan pada hari terbuka tersebut bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang.

Selain itu, katanya, penganjuran hari terbuka berkenaan juga akan mengembangkan lagi kejayaan GTP dengan memberi fokus kepada bidang-bidang yang dimahukan rakyat.

"Roadmap 2.0 ini juga akan menyasarkan keperluan terkini yang diperlukan rakyat dan menumpukan kepada pelan jangka panjang," katanya.

Tambahnya, orang ramai juga boleh memberi maklum balas mengenai inisiatif GTP itu secara dalam talian dengan melayari laman web www.pemandu.gov.my/ gtp.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.