saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 19/07/2012

Ops Sikap Ke-26 dilancar 10 Ogos

BATU KAWAN 18 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan Ops Sikap Ke-26 pada 10 Ogos depan dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan di jalan raya sepanjang musim perayaan Aidilfitri tahun ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid (gambar) berkata, kempen itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pengangkutan Darat Malaysia (SPAD) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Beliau berkata, pihaknya bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya terutama pada musim perayaan.

“Ini terbukti apabila kadar kemalangan jalan raya dalam Ops Sikap Ke-25 sempena Tahun Baru Cina lalu berjaya mengurangkan kadar kematian," katanya selepas menghadiri Program High Profile Policing dengan penduduk di Pulau Aman di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Jaafar.

Dalam Ops Sikap Ke-25 sempena Tahun Baru Cina pada Februari lalu, penurunan statistik Ops Sikap iaitu sebanyak 155 kes kemalangan maut melibatkan 168 kematian berbanding Ops Sikap Ke-24 pada tempoh yang sama, iaitu 183 kes kemalangan maut, membabitkan 199 kematian.

Salleh berkata, dalam Ops Sikap Ke-25 lalu, kadar kematian dapat dikurangkan berikutan ketegasan pihak berkuasa termasuk mengenakan saman serta-merta.

“Ini kali pertama kita turunkan kadar kematian.

“Paling penting jika kita nak kurangkan kemalangan semua pengguna perlu patuh kepada undang-undang di jalan raya," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.