DALAM NEGERI
ARKIB : 19/07/2012
Jenayah antara sempadan masih terkawal - Hishammuddin
MUAR 18 Julai - Jenayah antara sempadan termasuk kegiatan keganasan di negara ini masih terkawal namun semua pihak yang bertanggungjawab perlu terus memantau keadaan semasa dan tidak leka dengan perkembangan tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, bagi mengekalkan keadaan sedia ada, bukan sahaja Malaysia tetapi juga semua negara terutamanya di rantau ini harus bekerjasama memerangi jenayah merentas sempadan.
"Dunia hari ini 'tidak ada sempadan' dan setiap negara perlu memantau perkara-perkara yang berkaitan dengan jenayah antara sempadan.
"Kita merasakan perlunya semua negara di rantau ini untuk berganding bahu dan bekerjasama dalam hal itu," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang peringkat negeri di Dataran Tanjung Emas di sini malam tadi.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Ahmad Zahri Jamil; Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, M. Asojan; Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Hishammuddin berkata, masalah penyeludupan dadah juga merupakan satu lagi ancaman melibatkan jenayah antara sempadan termasuk mereka yang dijadikan keldai dadah secara tidak disedari dan semua itu perlu dihindari.
Beliau tidak mahu rakyat Malaysia dipergunakan sebagai keldai dadah dan diingatkan supaya berjaga-jaga agar tidak diperdaya oleh sindiket asing.
"Kita sentiasa memantau perkembangan keadaan jenayah di rantau ini dan kita tidak mahu perkara itu menjejaskan kestabilan dan keamanan negara," katanya.
Menurutnya, Malaysia baru sahaja memperluaskan kerjasama keselamatan dengan Amerika Syarikat (AS) menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) mengenai usaha memerangi jenayah merentas sempadan semalam.
Beliau berkata, kerjasama tersebut mencakupi beberapa aspek termasuk antipengganas, pengubahan wang haram, jenayah rasuah, pemerdagangan dan penyeludupan manusia serta jenayah siber.
Malaysia berhasrat duduki kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO
ASEAN bentuk pasaran bersepadu tahun depan
UNSC: Najib garis 5 keutamaan
ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan
Kerajaan Persekutuan tidak abaikan PBT
Kekalkan hubungan baik
Malaysia akan promosi prinsip kesederhanaan
UNSC: Amanah selesaikan kemelut ummah di seluruh dunia, tangkis Islamofobia
Negara galas tanggungjawab besar, berat di pentas global - Razali
Bangunan sekolah rosak teruk
Kanakkanak ditemui berkeliaran
Matlamat gerakan ISIS tidak jelas, wajar dijauhi
SOSMA tidak mampu kekang kumpulan militan IS
Kerajaan jangan tunduk
Tubuh Institut Minda Guam - SukaGuam
2 juta penerima BR1M tiada akaun
Menara Mara dicadang tapak jualan
Bahasa Melayu perlu mekanisme baharu
DBP-PBT jalin kerjasama baiki bahasa
Waktu Solat Kuala Lumpur |
||||
|
||||












